MARANG: Terdapat sekitar 600 kekosongan jawatan di dalam perkhidmatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) terutama bagi gred KB19.
Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata, kekosongan jawatan tersebut akan diisi secara berperingkat bagi menambah kekuatan 14,500 pegawai dan anggota yang sedang berkhidmat di seluruh negara pada masa ini.
"Tahun lepas kita telah ambil lebih kurang 1,000 anggota baharu untuk mengisi kekosongan jawatan di balai-balai sedia ada dan pengisian jawatan di balai-balai baharu. Bagi mengisi kekosongan yang ada kini pula, pengambilan akan dilakukan secara berperingkat," katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas Majlis Penganugerahan Pingat Perkhidmatan Bomba Bagi Akademi Bomba Dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Terengganu di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur di Wakaf Tapai, di sini, hari ini.
Mohammad Hamdan berkata, pada 1 Feb ini Akademi Bomba Dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur akan menerima kira-kira 130 pelatih baharu bagi menjalani latihan dan kursus Sijil Sains Kebombaan sekali gus diharap dapat membantu mengisi kekosongan gred KB19 sedia ada.
Dalam pada itu, beliau berkata, projek pembangunan fasiliti latihan di Akademi Bomba Dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur yang antara lain merangkumi pembinaan Kompleks Latihan Penyelamatan di Air dan latihan penyelamatan di lebuh raya dijangka siap pada tahun depan.
"Projek pembangunan fasiliti latihan ini telah diluluskan oleh kerajaan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 Rolling Plan Kedua dengan sebanyak RM46 juta telah diperuntukkan.
"Bila siap, ia akan menjadi satu daripada pusat melatih penyelamat yang menjalankan tugas untuk mencari dan menyelamat di situasi yang melibatkan air deras, banjir dan sebagainya," katanya. - BERNAMA
Bernama
Fri Jan 27 2023

Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata, kekosongan jawatan tersebut akan diisi secara berperingkat bagi menambah kekuatan 14,500 pegawai dan anggota yang sedang berkhidmat di seluruh negara pada masa ini. - Gambar BERNAMA

Lans Koperal didakwa terima rasuah RM3,500
Ia sebagai dorongan memulangkan semula barang-barang rampasan kes.

Wan Azizah harap Persatuan Pandu Puteri Malaysia terus berkembang
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berharap Persatuan Pandu Puteri Malaysia akan terus berkembang.

Lagenda Knicks Willis Reed meninggal dunia pada usia 80 tahun
Sebelum ini Reed dilaporkan mengalami pelbagai masalah kesihatan berkaitan jantung tahun lepas.

KSM bersedia kendali, stuktur semula program berkaitan TVET
Kementerian Sumber Manusia bersedia memikul tanggungjawab untuk mengendali dan menstruktur semula program berkaitan TVET di negara ini.

Maszlee Malik kembali bergelar pensyarah
Bekas Menteri Pendidikan itu memulakan tugas sebagai pensyarah di University of Cyberjaya.

Malaysia raih potensi pelaburan RM24 bilion dari Korea Selatan - MIDA
Misi Perdagangan dan Pelaburan (TIM) ke Korea Selatan baru-baru ini, berjaya menjana potensi pelaburan bernilai RM24 bilion bagi Malaysia.

Pengemis 'buta' bertongkat larikan diri diekori JKM
Individu dipercayai menyamar mengalami kecacatan penglihatan itu melarikan diri sebaik sahaja menyedari dirinya diekori.

Iran sedia pulihkan hubungan ekonomi dengan negara Arab
Iran bersedia untuk menyambung semula hubungan ekonomi dengan semua negara Arab di Timur Tengah berikutan perjanjian mengenai pemulihan hubungan diplomatik dengan Arab Saudi baru-baru ini.

Najib masuk hospital akibat jangkitan paru-paru
Datuk Seri Najib dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur sejak beberapa hari lalu, tetapi kini sudah kembali ke penjara.

Jawatankuasa Eksekutif Dasar Sekuriti Makanan mahu lebih banyak pihak beri input
Hasil mesyuarat akan dibawa kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Aidilfitri.

Warga emas maut dalam kebakaran di Kampung Paya Keladi
Seorang lelaki warga emas maut dalam kebakaran membabitkan sebuah rumah di Kampung Paya Keladi, Kuala Lipis hari ini.

Tiga beranak nyaris maut dalam kebakaran
Struktur kedai dua tingkat kelas A itu dianggarkan terbakar sehingga 90 peratus dan punca dan kerugian masih dalam siasatan.

Dua beradik terperangkap setengah jam dalam kereta akibat 'auto lock' - Bomba
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Morni Mamat berkata mangsa berusia 16 bulan dan empat tahun.

6 cedera nahas babit 9 kenderaan dekat tol Simpang Pulai
Enam cedera dalam kemalangan membabitkan sembilan kenderaan berhampiran tol Simpang Pulai, di Ipoh hari ini.

Pastikan perkhidmatan bomba sentiasa ditambah baik - PM Anwar
Peranan pasukan bomba dan penyelamat bukan sahaja menyelamatkan nyawa dan harta benda, malah juga mengurangkan kerugian yang ditanggung negara.

Lapan rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Wireless
Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini manakala punca kebakaran masih disiasat.

Empat rumah musnah dalam dua kejadian di Batu Gajah, Parit
Kebakaran di Batu Gajah melibatkan sebuah rumah dengan keluasan 25 X 40 kaki persegi dan sebuah lagi dengan keluasan 30 X 60 kaki persegi.

Bomba Terengganu kenal pasti tanah untuk bina balai di pulau
Permohonan dihantar kepada Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Nerus dan Besut bagi mendapatkan kelulusan serta menguruskan prosedur berkaitan.

Belanjawan 2023, bomba antara paling gembira - Nga
JBPM menjadi antara agensi yang mendapat 'lonjakan' peruntukan melalui peruntukan sebanyak RM206.64 juta.

Banjir: Akur arahan berpindah, mudahkan usaha menyelamat - Akmal Nasrullah
Mangsa banjir diharap akur dengan arahan berpindah, supaya pihak berkuasa dapat membantu dalam melancarkan bantuan dan misi menyelamat mereka ke tempat yang lebih selamat.