awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
Indonesia bakal larang eksport sisa minyak sawit, utamakan kegunaan domestik - Prabowo
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kit Siang bakal terima gelaran Tan Sri?

Sinar Harian
Sinar Harian
04/06/2023
06:15 MYT
Kit Siang bakal terima gelaran Tan Sri?
Foto Kit Siang yang menghadiri raptai majlis penganugerahan darjah kebesaran Tan Sri dikongsi bekas Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi Chuan Aun di Facebook, pada Ahad.
SHAH ALAM: Bekas Pengerusi DAP, Lim Kit Siang dijangka menerima gelaran Tan Sri sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ke-64, pada Isnin.
Perkara itu dikongsikan bekas Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi Chuan Aun di Facebook pada Ahad.
Menerusi catatan itu, Jeff Ooi turut berkongsikan gambar Kit Siang lengkap berpakaian formal dipercayai bagi menghadiri program raptai serta menggelarkan vateran politik itu sebagai Tan Sri.
"Keluarga veteran Lim. Tan Sri Lim Kit Siang (raptai). Tun Lim Chong Eu. Tun Ling Liong Sik. Tun Lim Keng Yaik.
"Penganugerahan adalah pada hari Isnin, 5 Jun. Masih ada masa untuk membeli songkok," katanya.
Foto dipercayai berada di dalam majlis raptai kini tersebar luas di media sosial, mengukuhkan lagi spekulasi berkenaan.
Difahamkan, Kit Siang adalah pemimpin DAP pertama yang akan menerima gelaran Tan Sri.
Gelaran Tan Sri adalah darjah kebesaran persekutuan kedua tertinggi, selepas Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara, Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) atau Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia, Seri Setia Mahkota yang membawa gelaran Tun.
Tahun lalu, Kit Siang yang juga bekas Ahli Parlimen Iskandar Puteri mengumumkan persaraan beliau dalam arena politik.
Berkecimpung selama 56 tahun dan menjadi antara pengasas DAP, beliau mengesahkan tidak akan bertanding bagi jawatan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC). -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Lim Kit Siang
#Tan Sri
#Jeff Ooi
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan