awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Had tempoh jawatan PM: Pinda perlembagaan, bukan sekadar akta biasa - Penganalisis
JKNNS siasat dakwaan pekerja kedai makan basuh lebihan makanan untuk dijual semula
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS, mata wang negara serantau

Kit Siang masih ada masa sehingga 11.30 pagi untuk minta maaf - Azalina

Harits Asyraf Hasnan, Hafiz Marzukhi
Harits Asyraf Hasnan, Hafiz Marzukhi
22/10/2015
01:35 MYT
Kit Siang masih ada masa sehingga 11.30 pagi untuk minta maaf - Azalina
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman berkata sebagai ahli Parlimen yang veteran, Kit Siang patut mengetahui prosedur dalam Dewan Rakyat. - Gambar Fail
Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang mempunyai masa dari sekarang hingga 11.30 pagi untuk menarik balik tuduhannya dan meminta maaf kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman berkata sebagai ahli Parlimen yang veteran, Kit Siang patut mengetahui prosedur dalam Dewan Rakyat.
"Sekiranya saya tahu, ada usul terhadap saya yang akan dibentang, saya tidak akan meninggalkan Dewan sehingga sidang tamat," kata Azalina ketika ditemui di lobi Parlimen pagi ini.
Tambah beliau, kini ada pelbagai cara yang boleh digunakan untuk menghubungi Speaker, jadi tiada alasan bagi Kit Siang untuk melengah-lengahkan keputusannya.
"Apa yang diingini Tan Sri Pandikar adalah bagi Kit Siang untuk menarik balik dan memohon maaf.
"Sehingga kini, tiada usul yang dibentangkan lagi buat masa ini, perkara ini adalah antara Speaker dengan Kit Siang.
"Pihak kerajaan tidak terlibat sehingga tuan Speaker meminta saya membentangkan usul," jelas Azalina.
Sebelum berakhir sidang semalam, Kit Siang meninggalkan perkarangan Parlimen sebelum jam 6 petang.
Pandikar telah meminta Kit Siang untuk menarik balik kenyataannya dan memohon maaf tanpa syarat selepas Kit Siang menyatakan Pandikar telah menyalahgunakan kuasanya dan mensabotaj siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Topic Berkaitan
#Azalina Othman
#Lim Kit Siang
#Pandikar Amin Mulia
#Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.