awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam mulakan pembinaan stadium terbesar dunia
Protes pertama pembinaan pusat data, penduduk di Gelang Patah dakwa berlaku pencemaran
Lelaki ditahan pukul, ugut warga emas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Kita berkawan tapi bila saya duduk di sini, saya hilang kawan' - Johari

Sinar Harian
Sinar Harian
30/11/2023
07:34 MYT
'Kita berkawan tapi bila saya duduk di sini, saya hilang kawan' - Johari
Johari ketika Persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul sekali lagi mengulangi pendirian beliau tidak memihak kepada mana-mana blok ahli Parlimen ketika mempengerusikan persidangan.
Tegas bekas Ahli Parlimen Sungai Petani itu, apa yang menjadi keutamaannya ialah memastikan isu berkaitan rakyat dapat dibahaskan dan diselesaikan dengan sebaiknya.
“Kita berkawan tapi bila saya duduk di sini, saya hilang kawan. Saya kena betul-betul uruskan (ruang perbahasan) kerana masa rakyat hantar (pilih) kita, mereka hendak produktiviti.
“Kalau saya melayan semua (perkara yang dibangkitkan) tidak boleh sebab itu kita kena tegas. (Sebab) bila saya kata duduk sekali (tetapi) tidak duduk, dua kali tidak duduk (juga), saya kena pakai nombor kerana kita kena adil,” katanya.
Beliau berkata demikian sebagai respons kepada Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) yang tidak berpuas hati apabila peraturan mesyuarat yang dibangkitkan supaya memberi perlindungan kepadanya ditolak.
Awang membangkitkan peraturan tersebut bagi meminta perlindungan Dewan Rakyat kerana mendakwa dirinya diugut Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal susulan membuat kritikan terhadap wakil rakyat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang mengumumkan secara terbuka menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Saya hendak minta dengan Yang Dipertua janganlah terlalu keras dengan saya (tapi) dengan Hulu Langat buat apa pun tidak mengapa tetapi dengan saya panggil untuk halau saya. Tidak boleh macam tu.
“Saya ada hak. Saya tengok Speaker amat emosi dengan saya,” katanya.
Menjawab perkara itu, Johari menafikan beliau bersikap sedemikian sebaliknya sentiasa berusaha untuk adil kepada semua ahli Parlimen.
Sehubungan itu, beliau juga meminta Hashim membuat usul untuk diteliti berhubung dakwaan dirinya diugut. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Johari Abdul
#Dewan Rakyat
#pilih kasih
#bersikap adil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan