MALAYSIA

Kita di landasan yang betul - Tun Mahathir

Astro Awani 22/06/2018 | 10:11 MYT
Tun Dr Mahathir menyifatkan Malaysia sedang bergerak ke hadapan dan berada di landasan yang betul - Gambar fail
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melalui postingnya di Instagram hari ini menyentuh secara umum mengenai keadaan negara.

Dr Mahathir memuat naik gambar beliau sedang merenung Masjid Putra, Putrajaya dengan kapsyen "Kita di landasan yang betul. Malaysia bergerak ke hadapan."


Kita di landasan yang betul. Malaysia bergerak ke hadapan.

A post shared by Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) on


Posting terbaharu melalui akaun rasminya @chedetofficial itu dibuat ketika indeks penanda aras Bursa Malaysia, FTSE Bursa Malaysia (FBMKLCI) mencatat kejatuhan dan belum menunjukkan tanda-tanda pemulihan.

Selain faktor fasa peralihan sejak PRU14, penganalisis pasaran juga menyifatkan pelbagai isu luaran termasuk perdagangan antara Amerika Syarikat dan China antara penyumbang kepada arah aliran penurunan ini.

#chedetofficial #isu semasa #Malaysia #Perdana Menteri #Posting Tun Mahathir #State of The Nation Malaysia #terkini #Terkini Tun Dr Mahathir Mohamad #Tun M