MALAYSIA
KITA FM: Astro Audio, RTM berganding bahu semarakkan sambutan Hari Kebangsaan
Astro Audio dan Bahagian Program Radio, Radio Televisyen Malaysia (RTM) bergandingan dalam siaran luar sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-68.
KUALA LUMPUR : Astro Audio dan Bahagian Program Radio, Radio Televisyen Malaysia (RTM) bergandingan dalam siaran luar sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-68, dengan membawa liputan secara langsung dari Putrajaya kepada seluruh rakyat Malaysia.
Ringkasan AI
Kerjasama ini bukan sahaja bertujuan menyemarakkan sambutan ulang tahun kemerdekaan negara, malah menjadi simbol perpaduan dua jenama penyiaran besar tanah air dalam meraikan semangat cintakan negara.
Apa yang menjadikan kolaborasi kali ini istimewa ialah penyampai radio popular Astro Audio bergandingan bersama penyampai radio RTM secara langsung di lapangan, mewujudkan pengalaman baharu buat pendengar.
Gabungan gaya penyampaian berbeza itu diyakini dapat menyampaikan informasi, hiburan dan semangat patriotisme dengan lebih menyeluruh.
Beberapa stesen radio popular Astro Audio seperti ERA, SINAR, HITZ, MY dan RAGGA turut serta, bersama rakan penyampai RTM dalam menghidupkan suasana sambutan di lokasi utama acara.
Dalam pada itu, Astro Audio turut menganjurkan Jelajah KITA FM, yang menampilkan konsep unik bas bergerak diubah suai menjadi studio siaran langsung.
Menurut Ketua Pengarah Astro Audio, Priya Dharsini, melalui jelajah ini, penyampai dari pelbagai stesen radio Astro Audio akan menjelajah ke bandar-bandar utama dengan mengadakan kuiz, persembahan, pemberian hadiah dan interaksi terus bersama pendengar.
“Tahun ini lepas kita selesai sambutan 31 Ogos, kita akan pergi setiap negeri di Malaysia. Bukan gabungan sebab susah nak uruskan, jadi setiap stesen akan pergi ke setiap negeri. Akan ada pelbagai perkongsian seperti persembahan, hadiah menarik dan jelajah ini akan berakhir pada Hari Malaysia di Pulau Pinang.
“Harapan kami adalah agar rakyat Malaysia lebih bersemangat, bersatu hati, dan terus menghargai kemerdekaan serta kepelbagaian budaya yang kita miliki, di samping mengeratkan hubungan antara pendengar dan penyampai radio,” katanya lagi.
Raikan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia dengan kempen Inilah KITA di sini
Ringkasan AI
- Astro Audio dan RTM bekerjasama dalam siaran langsung sempena Hari Kebangsaan ke-68 dari Putrajaya, menampilkan penyampai radio kedua-dua pihak secara bersama di lapangan.
- Kolaborasi ini melibatkan stesen radio popular seperti ERA, SINAR, HITZ, MY dan RAGGA serta penyampai RTM, dengan gabungan gaya penyampaian berbeza untuk menyemarakkan semangat patriotisme.
- Astro Audio turut menganjurkan Jelajah KITA FM menggunakan bas studio bergerak ke seluruh negara sehingga Hari Malaysia, dengan aktiviti kuiz, persembahan dan interaksi bersama pendengar.