Pihak berkuasa sudah mengenal pasti beberapa individu yang dipercayai mungkin membocorkan maklumat dalaman pihak keselamatan susulan beberapa kes penculikan di perairan pantai timur Sabah kebelakangan ini.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata bagaimanapun siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengumpul bukti kukuh sebelum mereka itu ditahan.
"Kami masih menyiasat dan kami tidak begitu 'selesa' dengan beberapa individu. Saya belum boleh menuduh sesiapa kerana kita perlu mendapatkan bukti kukuh bagi menahan personaliti-personaliti yang kita syaki ini.
"Sebagaimana yang anda tahu pendirian saya, kita tidak akan berkompromi dengan perbuatan membocorkan maklumat dalaman kepada musuh," katanya kepada pemberita di sini selepas merasmikan Restoran Hyderabad yang menyediakan masakan India, pada malam Isnin.
Ahmad Zahid diminta mengulas mengenai pembabitan 'orang dalam' berhubung cubaan menculik seorang pemilik pusat ternakan ikan di Kampung Bangau-Bangau, Semporna oleh tujuh lelaki awal pagi semalam.
Media sebelum ini melaporkan mengenai kemungkinan kumpulan penjenayah yang terbabit dalam beberapa kes penculikan menerima maklumat daripada sumber dalaman berhubung kawalan keselamatan di perairan pantai timur Sabah bagi melancarkan kegiatan jenayah mereka di situ.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid mengesahkan kejadian terbaharu itu membabitkan penjenayah dari selatan Filipina.
"Saya sebutkan negara itu kerana kita ada bukti kukuh yang bolehkan mengaitkan suspek datang dari selatan Filipina," katanya.
Ahmad Zahid turut menyifatkan kejadian semalam berjaya dibanteras hasil usaha berterusan oleh Polis Diraja Malaysia yang menyelaras operasi di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).
Dalam kejadian terbaharu itu tujuh lelaki bertopeng bersenjatakan sepucuk pistol dan parang menceroboh pusat ternakan ikan tersebut bagi menculik pemiliknya namun berputih mata apabila pengusaha berkenaan bermalam di pekan Semporna setelah diarah oleh pihak berkuasa.
Bernama
Tue Jul 08 2014
ZAHID: Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengumpul bukti kukuh sebelum mereka itu ditahan
TNB perkenal sistem FARA bagi mengurus risiko banjir
TNB perkenal sistem FARA untuk urus risiko banjir, pastikan keselamatan aset dan pengguna.
Banjir: 444 mangsa terjejas di empat negeri
Perak kekal mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 220 mangsa daripada 68 keluarga dan ditempatkan di dua PPS.
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Dua remaja perempuan berdepan detik cemas hampir diculik di Gerik
Dua remaja perempuan berusia 14 tahun menempuh detik cemas apabila hampir menjadi mangsa culik di Kampung Padang, Gerik dalam kejadian berasingan pada Isnin dan semalam.
Kanak-kanak dalam video tular bukan mangsa cubaan culik tapi mangsa amang seksual - Polis
ACP Wan Azlan berkata, siasatan mendapati kanak-kanak lelaki berumur 10 tahun itu mungkin mangsa amang seksual.
Orang ramai perlu telus, jujur buat laporan orang hilang - Polis
Pengadu perlu bersikap amanah dan bertanggungjawab terhadap aduan yang dikemukakan.
20 pelajar perubatan diculik di Nigeria
Pelajar-pelajar dari Universiti Jos diculik dan dijadikan tebusan oleh kumpulan bersenjata pada petang Khamis di Otukpo.
Kes larikan dua budak: Penjual pisang goreng tiba di mahkamah
Suspek berusia 32 tahun itu yang memakai baju lokap warna biru tiba menaiki trak polis pada jam 8.20 pagi.
Empat lelaki termasuk remaja bawah umur ditahan berkaitan kes culik
Polis menahan empat lelaki warga tempatan berumur dalam lingkungan 15 hingga 20 tahun berkaitan kes tiga remaja lelaki dilarikan sekumpulan lelaki dari sebuah pasar raya di Skudai di sini pada 15 Jun.
Polis tahan empat lelaki disyaki terlibat kes samun, cubaan culik
Anggota unit D9 IPK Johor dan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kulai melakukan serbuan kira-kira pukul 10.50 pagi hingga 4.50 petang.
Lebih 200 pelajar diculik di Nigeria, kes terbesar sejak 2021
Insiden penculikan ratusan murid di utara Nigeria disifatkan sebagai kes penculikan terbesar yang mensasarkan sebuah sekolah sejak 2021.
Tiga sahabat terlepas tali gantung, penjara 35 tahun kerana culik, bunuh ahli perniagaan
Seorang bekas kerani wanita dan dua rakannya terlepas tali gantung selepas Mahkamah Rayuan hari ini menggantikan hukuman mati mandatori itu kepada 35 tahun penjara.
Dakwaan cubaan culik di Pantai Kemayang hanya salah faham - Polis
Semua yang terlibat telah dipanggil ke Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok untuk siasatan.