awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TFC gagal bawa bekalan selesa ke Kuala Lumpur
Bekas PM Norway disiasat berhubung elemen rasuah dalam fail Epstein
Malaysia berpotensi sebagai ‘orang tengah’ AS-Iran melalui jalur diplomatik - Duta Iran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kita perlu data struktur industri makanan yang menyeluruh - Pakar

Israr Khalid
Israr Khalid
02/06/2022
02:04 MYT
Kita perlu data struktur industri makanan yang menyeluruh - Pakar
MADELINE: Kita tidak mempunyai data yang lengkap bukan sahaja tentang permit import, tetapi tentang struktur industri makanan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ketiadaan data penuh keseluruhan struktur industri makanan, dari pengeluar hingga ke peruncit, menyebabkan usaha mengenal pasti punca masalah kenaikan harga barang berdepan cabaran sukar.
Pakar ekonomi Datuk Dr Madeline Berma berkata, dengan adanya segala data yang diperlukan, dapat diketahui pihak mana yang menguasai pasaran dari segi sektor dan subsektor.
Begitu juga, langkah untuk menangani masalah kenaikan harga barang boleh diambil dengan lebih berkesan, katanya kepada Astro AWANI semalam.
“Kita sebenarnya tidak mempunyai data yang lengkap, bukan sahaja tentang permit import (AP) tetapi tentang struktur.
"Kita ambil ayam sahaja sebagai contoh. Strukturnya sangat kompleks.
“Kalau dalam ekonomi, kita perlu tahu struktur pasaran, siapa yang menguasai.
"Walaupun ada kajian terhadap penumpuan pasaran, dalam syarikat mana, kita hanya boleh lakukannya apabila ada data yang mencukupi,” jelas Felo Akademi Sains Malaysia itu.
Madeline berkata, data yang lengkap juga amat penting untuk penggubalan sesuatu dasar, seperti pemberian subsidi, supaya kumpulan yang benar-benar memerlukan dapat dikenal pasti dan pemberiannya tepat kepada sasaran.
Pada masa sama, tegas beliau, perlu ada keterbukaan dalam urus tadbir supaya wujud pasaran yang lebih terbuka, sekali gus dapat mengelakkan senario tuduh-menuduh berlaku terhadap sesiapa yang menguasai pasaran.
“Malaysia, seperti yang kita tahu, sering dikaitkan dengan etnik, syarikat-syarikat tertentu, dan sebagainya.
“Jadi, saya rasa, data yang tepat dan telus perlu ada,” katanya.
Tonton temu bual penuh bersama Madeline dalam program Agenda AWANI dihoskan oleh Nazri Kahar, di sini:
Kita tidak punyai data struktur industri makanan yang menyeluruh - Dr. Madeline Berma
Topic Berkaitan
#kenaikan harga barang
#Madeline Berma
#data struktur industri makanan
#Agenda Awani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan