[LAPOR LANGSUNG] Inkues Zara Qairina – Kemas Kini Terkini & Fakta Penting – Ikuti Di Sini.
NATIONAL

KJ beri bayangan kembali ke Parlimen atau BN dalam iklan raya?

Astro Awani 29/03/2025 | 23:20 MYT
Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin memberi bayangan akan kembali kepada parti Barisan Nasional (BN).- Gambar Instagram Khairy Jamaluddin
KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin memberi bayangan akan kembali kepada parti Barisan Nasional (BN).

Menerusi Instagram Keluar Sekejap, Khairy Jamaluddin atau popular dengan panggilan KJ melakonkan watak sebagai juruwang di sebuah kedai baju Melayu dalam iklan raya pertama podcast Keluar Sekejap bertajuk “Peluang."

"Lawa color ni, dulu saya selalu pakai warna ni. Jangan tenung lama-lama, saya tahulah ramai yang rindu, terima kasih ya," kata Khairy ringkas dalam salah satu babak dalam iklan tersebut.

Bergandingan dengan bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan, bekas Menteri Kesihatan itu turut menjawab ringkas: "To where I belong" ketika Shahril bertanya rancangan hari raya beliau pada tahun ini.

"How about you, raya di mana?.

"To where I belong," jawab Khairy ringkas dengan berlatarkan visual papan arah menuju ke Jalan Parlimen.


Disember tahun lalu, Khairy menzahirkan 'syarat' sendiri jika mahu kembali ke parti itu selepas dipecat pada tahun lalu, iaitu beliau tidak akan mengorbankan idealisme yang menjadi pegangannya.

Menurut Khairy, beliau tidak berniat untuk 'berlawan' dengan sesiapa dalam UMNO tetapi hanya mempunyai impian melihat parti itu menjadi lebih baik.

Pada bulan yang sama, Khairy mengakui tidak menyertai mana-mana parti sehingga kini meskipun mendapat pelbagai tawaran kerana masih sayangkan parti lamanya.

Menurut Khairy, beliau masih menganggap dirinya sebagai ahli UMNO walaupun dipecat daripada parti itu pada Januari 2023.







#Instagram #Khairy Jamaluddin #Shahril Sufian Hamdan #Keluar Sekejap