Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan mengesahkan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin akan mempertahankan kerusi Parlimen Rembau yang dimenangi pada pilihan raya umum lima tahun lalu.
Beliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah bersetuju mengenai perkara tersebut dalam pertemuan sebelum ini dan setakat ini tidak sebarang petunjuk akan berlaku perubahan.
Mohamad yang juga Ketua UMNO Bahagian Rembau mengesahkan beliau akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau pada PRU-13.
"Melainkan kalau ada perubahan saat-saat akhir itu saya tidak tahulah," katanya seperti dipetik oleh Bernama.
Pada sebelah siang, Khairy menerusi laman Facebook, menyatakan 'kecenderungannya' untuk tidak bertanding pada PRU-13 namun menyerahkan nasibnya kepada pucuk pimpinan parti.
Dalam tulisannya, Khairy menyatakan komitmen beliau untuk memastikan kemenangan BN andai tidak disenaraikan sebagai calon pada pilihan raya umum kali ini. Namun katanya, apa sahaja keputusan yang dibuat oleh Presiden UMNO dalam isu pencalonan akan diterima dengan terbuka.
“Ramai yang tanya saya melalui Twitter sama ada saya bertanding atau tidak. Saya sudah maklum kepada Najib, keutamaan saya yakni saya lebih cenderung untuk tidak bertanding pada PRU13.
“Tetapi saya seorang yang agak ‘old-fashioned’, saya akur dengan apa sahaja yang bakal diputuskan oleh Pengerusi BN. Kalau diarah bertanding, saya akur," katanya.
Beliau juga menasihatkan pemimpin-pemimpin muda agar tidak berkecil hati dan menentang keputusan yang telah dibuat jika tidak dipilih menjadi calon sebaliknya membuktikan kesetiaan kepada BN menerusi pilihan raya umum.
"Kalau diminta undur, saya akur juga. Yang penting, komitmen saya untuk memastikan kemenangan BN tidak berbelah bagi tak kira jadi calon atau tidak.
“Saya harap yang lain, terutamanya pemimpin Pemuda, juga pegang kepada prinsip yang sama. Janganlah merajuk atau menentang jika tidak dipilih menjadi calon, kita kena bergerak dalam satu pasukan,” katanya lagi.
Pada awal Januari 2011, Khairy pernah mengumumkan menerusi akaun Twitternya bahawa beliau tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Rembau pada PRU-13.
Beliau kemudiannya menarik balik keputusan tersebut setelah hasratnya ditolak oleh Pergerakan Pemuda UMNO.
Keputusan sama diulanginya pada November 2012 tetapi beliau menyatakan ingin berkhidmat sepenggal lagi sebagai Ketua Pemuda UMNO.
Irwan Muhammad Zain
Thu Apr 04 2013
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
Panduan Belanjawanku 2024/2025: Panduan nilai pendapatan cukup untuk hidup
Hafidzi Razali, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, membincangkan Panduan Belanjawanku 2024/2025 dan Rangka Kerja Kecukupan Pendapatan Persaraan (RIA) untuk membantu rakyat Malaysia merancang kewangan dengan lebih baik.