KJ: Lebih baik Anwar isytihar dirinya Sultan Melaka

T K Letchumy Tamboo
Januari 28, 2014 08:54 MYT
Penamaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, hari ini, telah mencetuskan pelbagai reaksi di laman sosial media.
Ketua Pemuda UMNO dalam laman Twitternya melabelkan peristiwa itu sebagai suatu jenaka dan adalah lebih baik sekiranya Anwar mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Melaka.

What a joke. Might as well crown yourself Sultan of Melaka while you're at it. @anwaribrahim #SayaMensi

— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) January 28, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu, ada yang bersetuju dengan perkembangan baru ini di negeri Selangor ini.

Tahniah ds @anwaribrahim . Semoga kajang bertambah maju!

— Saffa' _IJ (@saffahaziqah) January 28, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@anwaribrahim smga menang dato' seri, smga Allah sntiasa brsma prjuanganmu!!

— LioNoDib #10 (@lionoDib) January 28, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Turun Kempen Dun Kajang - menyokong penuh DS @anwaribrahim.

— ﻫﺎﺭﺫ ﺍﻛﻤﺮ (@harizzzzzz_) January 28, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Saya sokong @anwaribrahim bertanding di Kajang.

— Azhar (@btb_legend) January 28, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Namun, ada juga yang tidak bersetuju dengan pencalonan Anwar.

Khalid dan Azmin berantakan, Anwar dapat kerusi dan BN tepuk tangan kahkahkah.

— mie (@malaeqa) January 28, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Apa lagi Anwar mau...? Semuaaaaa

— アイシャ (@akazukiichacha) January 28, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Aku tak bersetuju DS Anwar Ibrahim bertanding di DUN Kajang. Aku berdoa agar beliau kalah! Kau orang mahu kata apa, silakan. Aku tak kisah!

— Web Sutera (@websutera) January 28, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Mood gua terus swing lepas gua tahu Anwar Berahim tanding DUN Kajang!

— Azrin Zaid (@AzrinZaid) January 28, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@anwaribrahim jgn cakap tak serupa bikin..dah dua kali anwar dok perabis wang rakyat dgn cara yg sama mengadakan PRK..yg rasanya tak perlu

— Aimi Jarr (@aimiejarr) January 28, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pengumuman pencalonan itu dibuat dibuat oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim semasa satu sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.
"Berikutan kekosongan kerusi DUN Kajang ekoran perletakan jawatan penyandangnya yang juga dari PKR, mesyuarat pimpinan pakatan rakyat memutuskan untuk meletakkan Datuk Seri Anwar sebagai calon yang akan mewakili pakatan rakyat," katanya
Semalam ADUN Kajang Lee Chin Cheh, telah meletakkan jawatannya yang disebut-sebut bagi memberi laluan kepada Anwar untuk menjadi Menteri Besar Selangor.
Anwar semalam juga menafikan beliau akan mengambil alih tempat Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.
Dia berkata, dakwaan itu hanyalah spekulasi dan sudah diperkatakan sejak 2008 lagi.
#Anwar Ibrahim #Menteri Besar Selangor