awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KJ saman Jamal Yunos, tuntut RM1 juta

Sinar Harian
Sinar Harian
29/05/2023
08:10 MYT
KJ saman Jamal Yunos, tuntut RM1 juta
Saman fitnah itu berhubung dakwaan bahawa parti itu mengimport perwakilan luar supaya tidak mengundi usul jawatan nombor satu dan dua, tidak dipertandingkan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memfailkan saman fitnah di Mahkamah Tinggi di sini terhadap Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos berhubung sidang media semasa Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022, Januari lalu.
Ia berhubung dakwaan bahawa parti itu mengimport perwakilan luar supaya tidak mengundi usul jawatan nombor satu dan dua, tidak dipertandingkan.
Khairy Jamaluddin atau lebih dikenali sebagai KJ selaku plaintif, mengemukakan saman itu Rabu lalu melalui firma guaman, Tetuan Aizat Izuan Shakeel dengan menamakan Jamal selaku defendan.
Bekas Ahli Parlimen Rembau itu menuntut ganti rugi khas sebanyak RM1 juta daripada Jamal.
Beliau yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan, Menteri Sains dan Teknologi memohon perintah supaya defendan menerbitkan permohonan maaf di akaun media sosial Facebook ‘DS Jamal Yunos Official’, akaun TikTok ‘jamal_yunos’ dan akhbar utama bahasa Melayu, Inggeris dan Cina.
Khairy juga meminta defendan memadamkan kenyataan tersebut di akaun media sosialnya serta-merta dari tarikh penghakiman.
Dalam pernyataan tuntutannya, Khairy berkata, semasa PAU 2022 pada 14 Januari lalu, Jamal mengadakan sidang media di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur dengan dihadiri pengamal media, perwakilan UMNO, ahli dan pemimpin parti itu.
Plaintif mendakwa Jamal memuat naik rakaman sidang video itu bertajuk ‘Saya harap Khairy Jamaluddin dikenakan tindakan oleh Lembaga Disiplin UMNO selepas mengeluarkan kenyataan yang semberono dan memalukan UMNO #UmnoDuluKiniDanSelamanya’ di akaun media sosialnya pada 14 dan 15 Januari.
Artikel asal ini diterbitkan di portal Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Khairy Jamaluddin
#Jamal Md Yunos
#saman fitnah
#Perhimpunan Agung UMNO 2022
#DS Jamal Yunos Official
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan