awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KJ, Shahril puji pendekatan Ekonomi Madani

Sinar Harian
Sinar Harian
29/07/2023
22:45 MYT
KJ, Shahril puji pendekatan Ekonomi Madani
Shahri Hammdan (kiri) dan Khairy Jamaluddin sependapat Ekonomi Madani demi memperkasa rakyat yang dibentang Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi gambaran visi ekonomi lebih jelas yang dinantikan oleh rakyat. - Gambar fail
SHAH ALAM: Ekonomi Madani demi memperkasa rakyat yang dibentang Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi gambaran visi ekonomi lebih jelas yang dinantikan oleh rakyat, kata bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Beliau berkata, dua pergerakan besar dalam ekonomi yang telah digariskan iaitu menaikkan siling dan lantai juga perkara yang wajar dipuji.
“Perdana Menteri telah melukiskan gambar ataupun lukisan yang jelas, kita berada di mana, kekurangan pertumbuhan enjin yang baharu, jurang yang besar antara pendapatan isi rumah dan pertumbuhan ekonomi dalam Malaysia terjerumus dalam kitaran kemelesetan dengan gaji rendah dan kurang berdaya saing.
“Beliau bukan hanya datang dengan masalah tapi dengan penyelesaian, saya suka ini. Apa yang saya suka beliau telah menggariskan dua pergerakan besar dalam ekonomi kita, menaikkan siling dan menaikkan lantai," katanya menerusi siaran podcast Keluar Sekejap pada Sabtu.
Khairy menambah, dengan menaikkan siling, Malaysia mampu terbang jauh menjadi peneraju ekonomi serantau Asia, dunia, destinasi pelaburan serta industri berteraskan digital.
"Maksudnya beliau tak halang ekonomi berteraskan modal ini terbang tetapi pada masa yang sama falsafah ekonomi Perdana Menteri jelas dia tak mahu siling itu terbang saja.
“Dalam orde ekonomi liberal siling saja terbang tapi lantai tak naik, lantai tetap di paras yang sama atau lagi teruk lantai itu jatuh.
"Syarikat kita jadi gergasi dunia, pelaburan besar datang ke Malaysia, tak guna kalau siling terbang kalau lantai tak naik maksudnya peningkatan hidup rakyat, ada kejelasan sekarang,” katanya.
Mendengar ulasan bekas Menteri Kesihatan itu, bekas Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Sufian Hamdan dengan nada seloroh berkata, Khairy bukanlah pro-Perikatan Nasional (PN) seperti didakwa.
“Kalau sesiapa rasa KJ pro-PN boleh ambil klip dua minit itu, bagaimana KJ telah menerangkan begitu jelas naratif Ekonomi Madani yang dilancarkan Perdana Menteri.
“Saya setuju, ini adalah dokumen, falsafah ekonomi dan hala tuju ekonomi yang paling tuntas selepas model ekonomi baru bawah Najib,” katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#ekonomi madani
#podcast Keluar Sekejap
#Khairy Jamaluddin
#Shahril Sufian Hamdan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan