awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor import tambahan 1,000 ekor lembu tenusu, tingkat kapasiti penghasilan susu di JDV
Dana latihan RM10,000 pacu bakat tempatan sektor semikonduktor Selangor
Flotila bantuan Global Sumud akan berlepas semula ke Gaza dari Barcelona pada 29 Mac
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KJ tegur ahli politik, menteri mesyuarat tak pakai pelitup muka

Astro Awani
Astro Awani
23/10/2021
05:30 MYT
KJ tegur ahli politik, menteri mesyuarat tak pakai pelitup muka
Khairy memberi amaran bahawa UK kini menghadapi gelombang baharu jangkitan COVID-19 meskipun mempunyai kadar vaksinasi yang tinggi. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menggesa rakyat Malaysia, terutama ahli politik dan menteri untuk terus memakai pelitup muka di tempat awam.
Menulis di Instagram Story hari ini, Khairy berkata ramai kalangan rakan setugasnya dilihat bermesyuarat tanpa memakai pelitup muka.
“Semakin ramai rakan setugas saya dilihat dalam gambar bermesyuarat tanpa memakai pelitup muka.
“Ramai ahli politik menghidapi kencing manis, hipertensi, dan mungkin obes.
“Kalau anda dijangkiti COVID-19, walaupun sudah divaksin, ia tak akan menjadi pengalaman yang menyenangkan,” tulis Khairy.
Khairy memberi amaran bahawa United Kingdom (UK) kini menghadapi gelombang baharu jangkitan COVID-19 meskipun mempunyai kadar vaksinasi yang tinggi.
“(Ini sebahagiannya) disebabkan sikap keras kepala mereka yang tak mahu memakai pelitup muka.
"Jangan jadi macam UK. Pakai sajalah pelitup muka itu,” katanya.
Di UK, meskipun hampir 68 peratus populasi telah divaksinasi penuh, terdapat seramai 7,521 orang dimasukkan ke hospital kerana dijangkiti COVID-19, setakat 20 Oktober, meningkat daripada angka tiga digit yang dicatatkan pada Mei.
Buat masa ini, rakyat Malaysia diwajibkan memakai pelitup muka di luar rumah, kecuali ketika makan di kedai makan.
Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan mereka didenda sehingga RM1,500.
Topic Berkaitan
#Khairy Jamaluddin
#vaksinasi
#ahli politik
#KJ tegur menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan