Kerajaan negeri mungkin terdedah kepada tindakan undang-undang daripada pelbagai pihak khususnya kalangan pihak industri sekiranya menghalang mana-mana syarikat daripada memulakan operasi mulai 4 Mei, 2020, kata Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) itu berkata kerajaan memandang serius terhadap pendirian beberapa kerajaan negeri yang ingkar untuk melaksanakan keputusan membuka semula ekonomi.
"Tindakan kerajaan negeri adalah tidak bersandarkan kepada punca kuasa yang sah di bawah mana-mana undang-undang dan adalah bercanggah dengan dasar Kerajaan Persekutuan. Lebih-lebih lagi memandangkan dasar Kerajaan Persekutuan tersebut telah pun dijadikan undang-undang yang berkuatkuasa di seluruh negara," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Bermulai hari ini, syarikat-syarikat daripada hampir semua sektor ekonomi dibenarkan beroperasi semula susulan keputusan kerajaan yang dicapai pada 29 April, 2020.
Mohamed Azmin menegaskan, keputusan untuk memulakan semula sektor-sektor ekonomi itu di bawah syarat Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dibuat dengan penuh teliti, berhati-hati dan bertanggungjawab serta didokong oleh data dan kajian oleh Kementerian Kewangan, MITI, Bank Negara Malaysia dan Khazanah Nasional Berhad.
Malah, hasil kajian terbabit telah dibentangkan untuk perbincangan dengan Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri pada Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 28 April, 2020.
Menurutnya, berdasarkan perbincangan dalam mesyuarat ini, kerajaan-kerajaan negeri turut menyedari sekiranya PKP sedia ada dilanjutkan sehingga Jun 2020, kesan kumulatif kehilangan pendapatan negara dianggarkan sebanyak RM146 billion atau kekurangan sebanyak 10.3 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang boleh menghapuskan kemajuan ekonomi yang telah dicapai sepanjang empat tahun lepas.
"Sehubungan itu, mesyuarat ini telah bersetuju untuk membuka semula sektor-sektor ekonomi dalam tempoh PKPB bermula 4 Mei, 2020. Kerajaan Persekutuan akan menyediakan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang komprehensif dan ketat untuk digunapakai oleh semua pihak dan SOP ini disediakan kepada Kerajaan-Kerajaan Negeri.
"Bagi tujuan penjelasan, SOP ini telah pun diserahkan kepada semua Kerajaan Negeri pada 2 Mei 2020 iaitu sebelum tarikh penguatkuasaan PKPB," katanya.
Menurut Mohamed Azmin, kerajaan telah melaksanakan PKP selaras dengan peruntukan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342] bagi memastikan penularan wabak COVID-19 dapat dikawal dengan berkesan.
Pelaksanaan PKP itu turut melibatkan seluruh negara termasuk di negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, Wilayah Persekutuan, Sarawak dan Sabah manakala peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta 342 adalah undang-undang khusus bagi tujuan mencegah dan mengawal penularan COVID-19.
"Oleh itu, ia mengatasi peruntukan undang-undang bertulis lain berhubung dengan pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit.
"Perlu ditegaskan bahawa keputusan Kerajaan Persekutuan adalah sah dari segi undang-undang. Akta 342 telah digubal dan dikuatkuasakan mulai 1 April, 1989 berikutan persetujuan Negeri-Negeri pada masa itu termasuklah Sabah dan Sarawak untuk mewujudkan satu undang-undang yang seragam bagi tujuan mencegah dan mengawal penyakit berjangkit di Malaysia dan berkuat kuasa di seluruh negara," katanya.
Mohamed Azmin berkata kerajaan juga telah mengambil langkah dengan mengadakan pelbagai sesi libat urus bersama pihak berkepentingan sektor-sektor ekonomi khususnya persatuan-persatuan industri, dewan-dewan perniagaan tempatan dan antarabangsa serta pengusaha-pengusaha industri kecil dan sederhana bagi mengenal pasti impak kepada kelangsungan perniagaan, rantaian bekalan dan pekerjaan.
"Justeru, keputusan kerajaan bagi membenarkan hampir kesemua sektor ekonomi beroperasi untuk memulihkan dan merangsang semula ekonomi dijangka memberi impak yang positif ke atas pertumbuhan ekonomi dan kedudukan kewangan negara, bukan sahaja di peringkat Persekutuan malahan juga bagi peringkat negeri," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 04 2020

Mohamed Azmin berkata kerajaan memandang serius terhadap pendirian beberapa kerajaan negeri yang ingkar untuk melaksanakan keputusan membuka semula ekonomi. - Gambar fail/BERNAMA

Lawatan Ke Turkiye | Malaysia pertimbang pilihan dapatkan sumber gandum
Malaysia berhasrat untuk mempelbagaikan sumber makanan importnya, termasuk kemungkinan membeli tepung gandum dari Turkiye ketika dunia terus mengalami kekangan bekalan, lonjakan harga makanan serta inflasi. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata aspek jaminan keselamatan makanan juga adalah antara komponen utama dalam beberapa siri pertemuan beliau dengan peneraju industri republik itu.

Nasib Sri Lanka | PM Ranil Wickremesinghe akui Sri Lanka muflis
Perdana Menteri Sri Lanka, Ranil Wickremesinghe akui negara itu kini muflis dan terjerumus ke kancah krisis ekonomi yang sangat dahsyat dan tidak pernah berlaku sebelum ini. Malah lebih buruk katanya, ia dijangka berlarutan sehingga sekurang-kurangnya akhir tahun depan.

Banjir Baling: Kerajaan Selangor hantar misi bantuan
Seramai 189 anggota dari 12 pihak berkuasa tempatan dan 20 anggota sukarelawan terlibat dalam misi tersebut.

"Saya Datin Seri, saya tak bermadu" - Noniswara
Pelakon Noniswara jelas gelaran yang disandang, jawab tuduhan bergelar isteri kedua.

Sindiket nikah 'Ustaz Zul' tumpas
Seramai 16 individu termasuk isteri dan anak kepada lelaki terbabit yang mendakwa dirinya sebagai jurunikah bertauliah ditahan.

Rafizi dinasihat tidak terlalu obsesi kejar jawatan
Syed Badli Shah juga menggesa audit forensik diadakan secara menyeluruh terhadap keputusan pemilihan termasuk undi dalam talian.

Kedai di Kampung Masjid Iboi terbakar
Kebakaran memusnahkan lebih 80 peratus rumah kedai kelas A terbabit.

Banjir Baling: Nurul Anis sempat pilih nama anak dalam kandungan
Nurul Anis memilih nama Muhammad Aidan yang membawa maksud anak lelaki penuh semangat, berakhlak dan tegas.

Banjir Baling: Jumlah mangsa menurun
Sebanyak 159 mangsa daripada 50 keluarga masih ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jerai.

Galtier dinamakan jurulatih baharu PSG, Pochettino ucap selamat tinggal
Galtier kini ditugaskan untuk menamatkan penantian gelaran PSG dalam Liga Juara-Juara Eropah.

Malaysia, Singapura bangunkan rangka kerja kerjasama mengenai ekonomi digital & hijau
Malaysia dan Singapura bersetuju untuk memulakan perbincangan mengenai rangka kerja kerjasama berkaitan ekonomi digital dan hijau dengan matlamat untuk memuktamadkannya pada tahun ini.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Menteri Luar Australia setuju untuk tarik pelaburan ke Malaysia
Menteri Luar Australia Penny Wong bersetuju untuk memperkenalkan pelabur baharu dari Australia untuk membuat pelaburan di Malaysia.

Malaysia, Australia suarakan semula komitmen pertingkat hubungan perdagangan dua hala
Malaysia dan Australia menyatakan semula komitmen masing-masing untuk memperkukuh hubungan perdagangan dan dua hala.

Pendidikan satukan Malaysia dan Australia sejak berdekad lalu - Penny Wong
Menteri Luar Australia, Senator Penny Wong berkata, Malaysia kini menjadi tuan rumah bagi bilangan tertinggi universiti-universiti Australia di luar negara.

Menteri Luar Australia dijadual lawat Malaysia, Vietnam untuk perkukuh hubungan
Menteri Luar Australia, Penny Wong dijadual melawat Malaysia pada Selasa (28 Jun) untuk mengeratkan lagi hubungan dua hala dan membangunkan perkongsian sedia ada untuk manfaat negara dan rantau ini.

Agong berkenan terima kunjungan Azmin di hospital
Al-Sultan Abdullah kelihatan ceria, cergas dan sihat selepas menjalani prosedur di kaki pada Isnin.

PKR tidak akan kerjasama dengan Azmin
PKR tidak akan berbincang atau bekerjasama dengan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Itu ketetapan yang dibuat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR selepas mesyuarat yang diadakan pada Isnin

Kerajaan negeri digesa bekerjasama dengan persekutuan tarik pelaburan
Ia bagi menarik pelaburan baharu dari luar negara ke negeri-negeri berkenaan sebagai usaha memberi manfaat kepada semua rakyat.

'Jangan bandingkan saya dengan Zuraida' - Azmin
Azmin berkata beliau akan terus berjuang dan memberikan perkhidmatan kepada rakyat bersama Bersatu.