[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
NATIONAL

KJP beraya di perantauan, wakili negara ke mesyuarat antarabangsa di Vienna

Bernama 30/03/2025 | 20:45 MYT
Abdul Aziz Abdul Razak berlepas ke Vienna, Austria malam tadi bagi menghadiri 'Open-Ended Intergovernmental Expert Group Meeting' yang akan berlangsung dari 1 hingga 4 April ini. - Gambar fail Bernama
PUTRAJAYA: Komisioner Jeneral Penjara, Datuk Abdul Aziz Abdul Razak berlepas ke Vienna, Austria malam tadi bagi menghadiri 'Open-Ended Intergovernmental Expert Group Meeting' yang akan berlangsung dari 1 hingga 4 April ini.
Jabatan Penjara Malaysia dalam kenyataan memaklumkan, mesyuarat tersebut bertujuan membangunkan strategi model pengurangan jenayah berulang di peringkat antarabangsa dengan memberi fokus kepada aspek pencegahan jenayah, pengurusan pesalah dan pengurangan residivisme.
Beliau akan mewakili Kementerian Dalam Negeri secara amnya serta Jabatan Penjara secara khususnya sebagai agensi yang mempunyai kepakaran untuk memberikan input dan pandangan yang konstruktif dalam mesyuarat tersebut.
"Abdul Aziz juga akan menyambut Aidilfitri di perantauan, justeru didoakan agar segala urusan perjalanan pergi dan pulang beliau dipermudahkan," menurut kenyataan tersebut.
Turut hadir mengiringi pelepasan Abdul Aziz di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ialah Timbalan Komisioner Penjara, Zulia Khamis.
-- BERNAMA
#Komisioner Jeneral Penjara #Abdul Aziz Abdul Razak #beraya di perantauan #mesyuarat antarabangsa