KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan mengadakan perbincangan dengan syarikat telekomunikasi (telco) untuk meneliti dan mewujudkan pakej pelan data yang lebih murah khusus untuk golongan penghantar p-hailing.
Menterinya Fahmi Fadzil berkata hasil perbincangan mengenai pakej pelan data itu akan diumumkan dalam masa terdekat sekiranya ia berjalan lancar.
"Mereka yang terlibat dalam ekonomi gig termasuklah penghantar makanan yang kita selalu sebut sebagai barisan hadapan. Pada masa sama, ramai tertanya-tanya apa kerajaan boleh lakukan untuk bantu lebih ramai rakan (yang hilang kerja tetap) untuk turut sama terlibat dalam bidang ini.
Oleh itu, saya sedang bincang dengan beberapa syarikat telco untuk mencari jalan dalam membantu golongan berkenaan dengan menyediakan pakej yang lebih murah. Kalau semua berjalan lancar, tidak lama lagi akan kita umumkan (pakej khas)," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap sebagai tetamu kehormat pratonton eksklusif siri mini #CedokLife terbitan secara kerjasama Grab Malaysia dan platform penstriman dalam talian iQIYI Malaysia di sini, malam ini.
#CedokLife yang berdasarkan kisah sebenar kehidupan harian penghantar p-hailing Grab bakal disiarkan di iQIYI secara percuma bermula 16 Sept ini sempena sambutan Hari Malaysia.
Sementara itu, Fahmi dalam sidang media selepas program berkenaan berkata KKD turut dalam perbincangan dengan syarikat platform penstriman untuk meneliti undang-undang yang memberi lebih banyak peluang kepada penerbit dan industri filem tempatan.
Katanya, ini adalah untuk memastikan platform penstriman dalam talian menghasilkan kandungan buatan dalam negara dengan peratusan tertentu.
"Kalau di Australia sedang dibincangkan perkara ini dan beberapa platform telah ada bayangan berapa peratus daripada kandungan yang wajib dihasilkan, jadi kita sedang meneliti perkara ini kerana ia dapat memberi peluang lebih banyak kepada penerbit dan industri filem," katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas hantaran Facebook Presiden Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia Datuk Jurey Latiff Rosli mengenai situasi kurang peluang pekerjaan penggiat industri kreatif televisyen.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 12 2023
Fahmi Fadzil berkata hasil perbincangan mengenai pakej pelan data itu akan diumumkan dalam masa terdekat sekiranya ia berjalan lancar. - Bernama
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 1 Mei 2024.
Program Soal Jawab Perdana Menteri
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengulas pelbagai perkara termasuk pengumuman Hari Pekerja serta isu-isu semasa yang mendepani rakyat dan negara.
#MalaysiaMADANI #AWANInews
#MalaysiaMADANI #AWANInews
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Terima anugerah Reader's Digest buat kali kelima, Ahmad Zahid ucap tahniah kepada Kemas
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan tahniah kepada Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) yang meraih Anugerah Jenama Paling Dipercayai buat kali kelima bagi kategori Pu
AIM menang Anugerah Industri Kewangan Islam Global
AIM memenangi anugerah Islamic Finance News apabila dinobat IFN Best Islamic Microfinance Institution, serta menerima dua anugerah di bawah Global Good Governance Awards (3G).
Keprihatinan Allahyarham Khalid Ali terhadap pasukan negara hingga hujung nyawa
Keprihatinan dan cinta legenda bola sepak negara Allahyarham Khalid Ali terhadap pasukan negara dibuktikan apabila masih membicarakan tentang perkara itu pada hujung hayatnya.
Ancaman bom palsu cetus panik di 100 sekolah di India
Ancaman bom palsu telah mencetuskan panik di sekolah di ibu negara India pada pagi Rabu dengan ibu bapa bergegas membawa pulang anak-anak mereka.
Pulau Pinang akan bincang, teliti kenaikan gaji penjawat awam negeri - Chow
Kerajaan Pulau Pinang akan membincangkan mengenai kenaikan gaji penjawat awam di negeri itu pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri akan datang, menurut Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Lawatan kerja PM bina keyakinan bagi syarikat Malaysia terlibat dalam projek besar di Arab Saudi
Kejayaan lawatan kerja Anwar ke Riyadh, Arab Saudi, baru-baru ini, membina keyakinan untuk syarikat Malaysia diberi peluang terlibat dalam projek-projek besar di negara tersebut.
Kerajaan tidak pinggirkan kaum India, laksana pelbagai inisiatif - PM Anwar
Kerajaan MADANI tidak pernah meminggirkan kaum India malah pelbagai inisiatif telah dilaksanakan bagi memperkasa komuniti berkenaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kerajaan beri amaran kepada telco tidak kenakan caj tambahan untuk akses 5G - Fahmi
Kerajaan akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan terhadap telco yang mengenakan bayaran tambahan kepada pelanggan sedia ada mereka untuk mengakses perkhidmatan 5G.
KKD bincang dengan telco, pastikan tiada gangguan perkhidmatan semasa bencana banjir
Kementerian Komunikasi dan Digital telah mengadakan perbincangan dengan telco supaya bersedia untuk memastikan tiada gangguan perkhidmatan semasa bencana banjir.
Hampir 2 bilion panggilan, 581 juta SMS mencurigakan berjaya disekat - Fahmi
Hampir dua bilion panggilan dan 581 juta SMS mencurigakan disekat daripada sampai kepada pengguna Malaysia.
KKD akan bincang dengan telco, wujudkan pelan data lebih murah untuk penghantar p-hailing
Fahmi Fadzil berkata hasil perbincangan mengenai pakej pelan data itu akan diumumkan dalam masa terdekat sekiranya ia berjalan lancar.
Telco tandatangani perjanjian mengenai pemilikan ekuiti DNB dalam masa terdekat - Fahmi
Semua syarikat telekomunikasi (telco) di negara ini dijangka menandatangani perjanjian langganan saham (SSA) mengenai pemilikan ekuiti dalam Digital Nasional Bhd (DNB) dalam masa terdekat.
Hari Kebangsaan 2023: Telco diarah tingkat kelajuan internet
Penyedia perkhidmatan telekomunikasi telah diarahkan untuk meningkatkan kelajuan perkhidmatan Internet pada hari kemuncak dan lokasi sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Putrajaya pada 31 Ogos ini.
Perubahan pola pemikiran berbelanja pengguna jadi ancaman terbesar telco - Laporan EY
Peningkatan kos sara hidup mendorong pengguna menyesuaikan semula keutamaan perbelanjaan mereka.
MCMC arah syarikat telco larang pautan URL dalam SMS, elak 'scam'
Arahan tersebut dikeluarkan bagi mengelakkan pengguna menjadi mangsa 'scam' atau penipuan dalam talian.
Semua enam telco tandatangan perjanjian perkhidmatan 5G DNB - Tengku Zafrul
Kesemua telco terbabit ialah Maxis, U Mobile, Celcom Axiata, Digi, YTL Communications, dan Telekom Malaysia.
Enam telco dijangka pegang kepentingan ekuiti dalam Digital Nasional - Annuar
Hari ini (30 Jun) merupakan tarikh akhir untuk telco memuktamadkan kontrak rangkaian 5G dan urusan ekuiti di syarikat tujuan khas tersebut.