awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKD ambil maklum, pantau isu 3R - Fahmi

Bernama
Bernama
09/07/2023
11:36 MYT
KKD ambil maklum, pantau isu 3R - Fahmi
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil ketika bertemu para pengamal media selepas melakukan tinjauan keadaan internet di bilik penginapan pelajar di UiTM Cawangan Selangor Kampus Dengkil hari ini. - Foto BERNAMA
DENGKIL: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) sentiasa meneliti dan memantau isu 3R iaitu agama (religion), raja (royalty) dan kaum (race) yang dimainkan di media sosial ketika ini.
Menterinya Fahmi Fadzil berkata penelitian dan pemantauan berhubung isu 3R itu menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC).
"Di KKD dan MCMC, kita teliti dan ambil maklum isu 3R yang ditimbulkan," katanya kepada pemberita selepas meninjau keadaan Internet di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Selangor kampus Dengkil di sini hari ini.
Mengenai gesaan supaya Pengerusi DAP Lim Guan Eng disiasat kerana didakwa mengeluarkan kenyataan menyentuh isu 3R, Fahmi yang mengambil maklum penjelasan Lim berhubung dakwaan itu berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melakukan siasatan sekiranya dirasakan ada aspek untuk disiasat.
Ketua Pemuda UMNO Dr Muhamad Akmal Saleh hari ini menggesa PDRM menjalankan siasatan ke atas Lim yang didakwa mengeluarkan kenyataan menyentuh isu berkaitan 3R.
Muhammad Akmal berkata tindakan itu adalah untuk memberi amaran keras supaya tidak ada mana-mana ahli politik tanpa mengira parti dalam kerajaan mahu pun pembangkang, memainkan isu sedemikian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KKD
#isu 3R
#Fahmi Fadzil
#MCMC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan