awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKD bincang dengan telco, pastikan tiada gangguan perkhidmatan semasa bencana banjir

Bernama
Bernama
24/09/2023
11:39 MYT
KKD bincang dengan telco, pastikan tiada gangguan perkhidmatan semasa bencana banjir
Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital (KKD) yang juga Ketua Wanita DAP Kebangsaan Teo Nie Ching bercakap ketika bertemu ahli-ahli parti yang baharu di sini hari ini. - Foto bernama
BUTTERWORTH: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) telah mengadakan perbincangan dengan syarikat telekomunikasi (telco) supaya bersedia untuk memastikan tiada gangguan perkhidmatan semasa musim tengkujuh yang boleh mengakibatkan bencana alam seperti banjir.
Timbalan Menterinya, Teo Nie Ching, berkata peranan KKD semasa banjir adalah untuk memastikan tiada gangguan perkhidmatan supaya usaha menyelamat dan bantuan segera kepada mangsa banjir berjalan lancar.
"Kementerian sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan banjir dan memohon pengguna membuat aduan sekiranya terdapat gangguan perkhidmatan telekomunikasi di kawasan terjejas banjir," katanya kepada Bernama selepas majlis perjumpaan dengan sayap pemuda DAP Pulau Pinang, di sini hari ini.
Teo, yang juga Ketua Wanita DAP Kebangsaan, berkata beliau akan teruskan jelajah berjumpa dengan semua ahli pemuda DAP di setiap negeri untuk mendengar pandangan dan isu berkaitan mereka.
Pulau Pinang merupakan persinggahan keempat dalam siri jelajah beliau selepas Lembah Klang, Melaka dan Sarawak.
"Ini merupakan peluang terbaik untuk mereka mengutarakan sebarang isu atau pandangan supaya jawatankuasa kebangsaan parti boleh ambil maklum," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Komunikasi dan Digital
#bencana banjir
#telco
#Teo Nie Ching
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan