PETALING JAYA: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) bercadang untuk menubuhkan Suruhanjaya Keselamatan Siber dalam usaha memerangi isu sindiket penipuan dalam talian.
Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, cadangan tersebut membolehkan suruhanjaya itu bertindak untuk mengawal selia serta memperkukuhkan perkara berkaitan keselamatan siber di negara ini.
Jelas beliau, perkara itu bagaimanapun akan dibincangkan terlebih dahulu bersama Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan agensi berkaitan lain sebelum diumumkan pada masa akan datang.
"Kita ada agensi tertentu seperti Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) yang membantu serta menyelaraskan perkara berkaitan sebelum ini.
“Kini kita ada beberapa agensi yang sedang berbincang dengan pihak kementerian termasuk NACSA untuk meneliti dan menilai aspek perundangan yang boleh dijadikan asas koordinasi lebih menyeluruh melibatkan semua kementerian.
"Kita perlu buat penilaian dan saya percaya dalam masa tidak terlalu lama dari sekarang, perancangan ini akan diumumkan bersama dengan garis masa pelaksanaan sebab isu keselamatan siber ini sangat penting," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Jelajah Anti Scam Kebangsaan 2023 pada Sabtu.
Dalam pada itu, Fahmi menegaskan, KKD memandang serius kegiatan jenayah berkenaan ekoran telah mendatangkan kerugian bukan sahaja kepada Malaysia tetapi juga seluruh negara Asia Tenggara.
"Hampir setiap negara Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) membangkitkan isu ini dan Singapura mencatatkan kerugian lebih dua bilion dolar manakala kita (Malaysia) lebih RM500 juta.
“Oleh itu saya lihat ada keperluan untuk gunakan media seperti RTM (Radio Televisyen Malaysia) dan yang lain untuk mendedikasikan PSA (pengumuman perkhidmatan awam) untuk beri peringatan kepada orang awam mengenai sindiket scam,” ujar beliau.
Beliau yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan menasihatkan orang ramai yang telah menjadi mangsa penipuan dalam talian untuk segera menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 agar tindakan susulan dapat dilakukan dengan segera dan berkesan. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Feb 18 2023
Fahmi berkata, cadangan tersebut membolehkan suruhanjaya itu bertindak untuk mengawal selia serta memperkukuhkan perkara berkaitan keselamatan siber di negara ini. -Gambar fail/Bernama
MTDC Sokong Peluncuran Dana MySTI, Perkasa Teknologi Tempatan
Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) melancarkan Dana Uji Beli (DUB) dan Dana Mudah Cara (DMM) MySTI, sebuah iniasitif baharu bagi mempercepatkan usaha pengkomersialan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) negara.
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
MIC cadang mekanisme khusus kawal kos rawatan hospital swasta
MIC mencadangkan supaya kerajaan dapat mewujudkan mekanisme khusus yang dapat mengawal kos rawatan di hospital swasta.
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
RUU MCMC ditangguhkan, dibawa ke Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen
Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Pindaan) 2024 ditangguhkan bagi memberi ruang kepada semua pihak berkaitan untuk memperhalusi dan meneliti perkara tersebut.
Platform media sosial perlu tegas patuh garis panduan had umur - Fahmi
Kerajaan akan terus memberikan penegasan kepada penyedia-penyedia platform media sosial, untuk melakukan tindakan berdasarkan garis panduan had umur yang ditetapkan.
MCMC siap siaga tangani masalah telekomunikasi akibat gelombang kedua banjir - Fahmi
MCMC kini bersiap siaga menangani sebarang isu liputan telekomunikasi di kawasan terjejas menjelang gelombang kedua banjir yang diramalkan bermula hari ini.
Pindaan RUU 588: Jamin tindakan proaktif platform media sosial tangani pelanggaran undang-undang - Fahmi
Pindaan membolehkan pihak berkuasa mengeluarkan notis kepada platform berkenaan agar mengambil tindakan.
Pindaan RUU 588: Satira, parodi bukan lagi jenayah selagi tidak ‘jelik melampau’ - Fahmi
Rang Undang-undang (RUU) Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 menegaskan kebebasan dan hak bersuara rakyat dalam batas yang khusus.
Batu Puteh: PM anggap satu pengkhianatan, laporan RCI dibahas di Parlimen minggu depan - Fahmi
Dewan Rakyat akan membahas laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan dalam sidang yang berlangsung minggu depan.
Banjir: 267 stesen pemancar telekomunikasi terjejas kembali beroperasi - Fahmi
Sebanyak 267 stesen pemancar telekomunikasi yang terjejas akibat banjir, telah kembali pulih dan beroperasi setakat 9 pagi tadi.
Tindakan Anwar berang di luar karakter, PM sekali lagi mohon maaf - Fahmi
Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi memohon maaf kepada Jemaah Menteri susulan tindakannya melepaskan kemarahan dalam Mesyuarat Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat Negara.
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Parlimen minggu depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada minggu depan.