DA NANG: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan menumpukan usaha sebagai persediaan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025 menerusi platform Persidangan Menteri-menteri ASEAN Bertanggungjawab Bagi Maklumat (AMRI), kata Menterinya Fahmi Fadzil.
Beliau berkata usaha itu antaranya akan dilakukan menerusi agensi di bawah KKD seperti Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR), Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan Jabatan Penerangan (JaPen).
"Mesyuarat AMRI seterusnya akan diadakan di Brunei pada 2025 dan pada tahun itu juga, kita akan menjadi tuan rumah kepada ASEAN (Pengerusi ASEAN) dan saya lihat ada beberapa perkara yang boleh kita usahakan dalam tempoh dua tahun.
"Contohnya IPPTAR, Bernama dan JaPen boleh mengumpulkan kawan-kawan wartawan dari rantau Asia Tenggara bagi mempromosikan Malaysia selain merapatkan hubungan antara negara dan mengeratkan silaturahim," katanya kepada Bernama selepas AMRI ke-16 berakhir, di sini hari ini.
Mengenai persidangan itu, beliau berkata beberapa perkara yang menjadi keutamaan negara yang terlibat termasuk rakan dialog ASEAN iaitu China, Jepun dan Korea Selatan boleh diteladani Malaysia dalam meningkatkan kerjasama menerusi platform AMRI.
Mengenai persidangan itu, beliau berkata beberapa perkara menjadi keutamaan negara yang terlibat termasuk rakan dialog ASEAN iaitu China, Jepun dan Korea Selatan bagi meningkatkan kerjasama menerusi platform AMRI.
Fahmi berkata misalnya, China memberi tumpuan kepada Belt and Road News Network (BRNN), iaitu sebuah platform merangkumi 182 media dari 86 negara yang dilancarkan pada April 2019 bagi mempromosi inisiatif Belt and Road yang diterajui China.
Beliau berkata Jepun memberi tumpuan kepada usaha-usaha prasarana manakala Korea Selatan memberi penekanan kepada isu kecerdasan buatan (AI) yang boleh disalahgunakan untuk menghasilkan bahan kandungan berita palsu.
Justeru, menurut Fahmi, ASEAN Campur Tiga (ASEAN+3) perlu bekerjasama bagi menghadapi cabaran dan risiko penggunaan meluas AI.
Ditanya mengenai mesyuarat dua hala beliau dengan Vietnam dan Kemboja semalam, Fahmi berkata KKD kini sedang meneliti dokumen untuk memperbaharui Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Vietnam yang telah ditandatangani pada 1996.
Fahmi berkata bagi hubungan Malaysia dan Kemboja, KKD bersedia berkongsi kepakaran teknikal berkaitan perlindungan data peribadi dan keselamatan sivil.
"Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) boleh membantu dari aspek meningkatkan kesedaran dan keselamatan data peribadi manakala CyberSecurity Malaysia (CSM) boleh menyerlah kepakaran mereka sebagai antara agensi teknikal yang terbaik di rantau Asia Pasifik," katanya.
Semalam, Fahmi mengadakan mesyuarat dua hala dengan Menteri Komunikasi dan Maklumat Vietnam Nguyen Manh Hung serta Menteri Komunikasi Kemboja Neth Pheaktra, masing-masing berlangsung kira-kira 40 minit.
Dengan tema 'Media: Daripada Maklumat kepada Pengetahuan untuk ASEAN yang Berdaya Tahan dan Responsif', AMRI ke-16 di Furama Resort Danang, antara lain memfokuskan kepada usaha menangani salah maklumat dan membanteras berita palsu, bagi membina Komuniti ASEAN yang lebih berdaya tahan dan responsif.
Delegasi Malaysia turut disertai Ketua Setiausaha KKD Datuk Mohamad Fauzi Md Isa dan Pengarah Bahagian Media dan Komunikasi Korporat Jabatan Penerangan (JaPen) Datuk E. Sivabalan, Timbalan Ketua Pengarang Bernama (Perkhidmatan Berita) Nur-ul Afida Kamaludin dan pegawai tinggi daripada KKD dan agensinya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 23 2023
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil ketika ditemu ramah selepas berakhirnya Persidangan Menteri-menteri ASEAN Bertanggungjawab Bagi Maklumat (AMRI) ke-16 di sini, hari ini. - Foto Bernama
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Kerjasama rentas agensi tangani ekstremisme - Fahmi
Fahmi Fadzil berkata, perkara itu dilihat membimbangkan, terutama dengan insiden yang berlaku termasuk remaja yang cuba menikam seorang pemandu e-hailing baru-baru ini.
Pendapatan iklan: Organisasi media jadi teraju, KKD sedia bantu
Organisasi media Malaysia boleh menerajui perkongsian pendapatan pengiklanan dengan platform media sosial global dan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) bersedia untuk membantu.
Liputan 5G di Malaysia kini 73 peratus - Fahmi
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata capaian rangkaian 5G di Malaysia kini ialah 73 peratus dan beliau yakin sasaran 80 peratus mampu dicapai menjelang akhir tahun 2023.
Program OKU Celik Digital pastikan tiada golongan terpinggir - Fahmi
Program Pemerkasaan OKU Celik Digital adalah salah satu usaha kerajaan untuk menghubungkan komuniti OKU dengan agensi kerajaan.
KKD bincang dengan agensi, kementerian berkaitan kawal selia TikTok Shop
Kementerian Komunikasi dan Digital akan mengadakan perbincangan dengan agensi dan kementerian berkaitan berkenaan aspek kawal selia di TikTok Shop.
Fahmi azam mahu pastikan tiada pemberhentian kerja dalam kalangan pengamal media
Fahmi meletakkan azam mahu memastikan tiada pemberhentian kerja berlaku dalam kalangan pengamal media selama beliau menggalas tanggungjawab selaku peneraju kementerian itu.
Sembilan lokasi dipasang Starlink di Sabah Januari tahun depan - Fahmi
Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan memasang unit peranti satelit Starlink fasa dua di Sabah seawal Januari tahun depan.
Pertumbuhan pesat pusat data mampu jadikan Malaysia 'Harimau Digital Asia' - Nie Ching
Malaysia berupaya menjadi "Harimau Digital Asia" berikutan pelaburan besar dan kerjasama dengan organisasi yang dihormati yang akan menjadikan negara sebagai hab data besar seterusnya.
Pengharmonian spektrum antara wilayah dan negara, penggerak penting ekonomi digital - Fahmi
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata penyelarasan (pengharmonian) itu juga akan memacu pertumbuhan ekonomi dalam era digital.
Beberapa syarikat permainan video antarabangsa berpotensi bertapak di Malaysia - Fahmi
Kementerian Komunikasi dan Digital telah mengenal pasti beberapa syarikat permainan video antarabangsa yang berpotensi untuk bertapak di negara ini.