KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dijangka mengumumkan pelaksanaan rangkaian 5G oleh Digital Nasional Bhd (DNB) dengan beberapa penambahbaikan menjelang atau sebelum hujung Mac ini.
Menteri berkenaan Fahmi Fadzil berkata DNB sedang meneliti dan menilai pilihan yang ada bagi memastikan pelaksanaan itu bukan hanya mencapai sasaran 80 peratus malah diperluas kepada kawasan berpenduduk di seluruh negara.
"Kita nak pastikan tiada kesan negatif kepada kewangan negara dan kita harap menjelang 2025, sekurang-kurangnya 80 peratus liputan di kawasan berpenduduk," katanya ketika menjadi tetamu program Ruang Bicara bertajuk 'Memperkasa Digital' terbitan Bernama TV yang bersiaran secara langsung malam tadi.
Beliau berkata pelaksanaan itu adalah bagi membantu pengurusan perusahaan syarikat dan kilang berkomunikasi dengan pantas sekali gus meningkatkan produktiviti mereka selain perkhidmatan kepada rakyat secara umumnya.
"Sebelum ini, saya pernah lihat bagaimana 5G boleh dilaksana di peringkat kerajaan tempatan untuk bantu uruskan isu trafik, data sampai ke pusat yang menguruskan lampu isyarat dengan cepat secara masa nyata dan kita tahu keadaan satu bandar itu.
"Rangkaian 5G memberi manfaat terutama kepada perusahaan kilang-kilang besar serta pelantar minyak untuk berkomunikasi dengan pantas dan menghantar data yang banyak, machine learning dan melakukan Internet Benda (IoT) serta Revolusi Industri 4.0 (IR4.0)," katanya.
Mengulas isu keselamatan data peribadi dan jenayah penipuan dalam talian, Fahmi berkata KKD berhasrat menjadikan Jabatan Pelindungan Data Peribadi sebagai jabatan berkanun untuk melaksanakan fungsinya dengan lebih baik.
Beliau berkata agensi di bawah KKD itu akan menjadi antara jabatan penting dan perlu diperkukuh supaya dapat bertindak dengan lebih efektif dalam isu kebocoran data peribadi rakyat.
"Misalnya, jika saya mengeluarkan cek (tunai), pihak bank akan hubungi untuk pengesahan... itu prosesnya, begitu juga dengan keselamatan data, kerajaan (agensi berkaitan data peribadi) wajib diberitahu secara automatik jika berlaku kebocoran data... ini perkara yang sedang diteliti," katanya.
Beliau berkata undang-undang sedia ada perlu ditambah baik manakala kerangka atau dasar berkaitan perlu diteliti kerana terdapat sekurang-kurangnya empat kementerian bertanggungjawab dalam isu itu.
Katanya KKD juga berhasrat menaik taraf agensi CyberSecurity Malaysia (CSM) sebagai Suruhanjaya Keselamatan Siber Malaysia kerana CSM memiliki kepakaran dalam bidang itu malah mutu perkhidmatannya antara yang terbaik di rantau Asia Pasifik seperti digital forensik.
"Kita perlu berusaha ke arah membentuk sebuah suruhanjaya supaya ia diberikan kuasa untuk melakukan siasatan dan mempunyai undang-undang yang mencukupi (untuk melaksanakan penguatkuasaan)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 24 2023

Fahmi berkata DNB sedang meneliti dan menilai pilihan yang ada bagi memastikan pelaksanaan itu bukan hanya mencapai sasaran 80 peratus malah diperluas kepada kawasan berpenduduk di seluruh negara. - Gambar fail

Kedah terima peruntukan RM15 juta naik taraf jeti di Langkawi
Kerajaan negeri Kedah menerusi Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) menerima peruntukan RM15 juta daripada kerajaan Persekutuan bagi menaik taraf kemudahan Jeti Kuah dan Jeti Pulau Tuba.

Polis Kelantan rampas dua pistol dalam dua serbuan di Pasir Mas
Sepucuk pistol miliki lelaki tempatan, sementara sepucuk lagi daripada warga Thailand yang masuk ke Malaysia secara haram.

Rashidi Ishak akhiri zaman duda, selamat bernikah dengan penerbit drama?
Pelakon Rashidi Ishak difahamkan selamat melangsungkan pernikahan dengan pengarah sebuah drama popular iaitu Wan Hasliza Wan Zainuddin.

AWANI Ringkas: PM tegaskan tiada campur tangan kerajaan dalam siasatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Agong zahir ucapan tahniah kepada Hamidin, terpilih ahli FIFA
Yang di-Pertuan Agong menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin yang dipilih sebagai Ahli Majlis FIFA mewakli Asia.

Reka Bentuk Baharu | Australia ganti ilustrasi Raja dari wang kertas 5 dolar
Australia akan menggantikan ilustrasi Ratu Elizabeth II pada wang kertas 5 dolar Australia, dengan reka bentuk yang menghormati budaya Orang Asli negara itu. Menurut Bank Pusat, Reserve Bank Of Australia (RBA), dengan keputusan itu, ia bermakna tiada lagi ilustrasi raja akan berada dalam mata wang kertas Australia.

Ubah suai lori sawit taktik seleweng diesel bersubsidi
Serbuan dilakukan ketika dua individu sedang leka isi minyak diesel di sebuah stesen di Juru, Pulau Pinang.

Pertumbuhan Ekonomi | Malaysia dijangka jadi paling lemah antara negara ASEAN
Bank Islam Malaysia Bhd menjangkakan pertumbuhan ekonomi Malaysia menjadi paling lemah antara negara asean tahun ini. Ketua Ekonomi Bank Islam, Firdaos Rosli berkata, jangkaan ini dibuat berdasarkan asas dan statistik yang tinggi. Namun Bank Islam Malaysia juga mengunjurkan ekonomi Malaysia kekal kukuh walaupun berhadapan risiko luaran dengan pertumbuhan sebanyak 4.5 peratus pada tahun 2023.

PRN: Negeri Sembilan cadang bubar DUN 1 Jun ini
Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun mencadangkan Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu dibubarkan pada 1 Jun ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Tiada kompromi jika pegawai langgar Artikel 5.3 WHO FCTC - KKM
Kementerian Kesihatan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai yang melanggar garis panduan Artikel 5.3 Konvensyen Rangka Kerja Kawalan Tembakau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO FCTC).

KKD jangka umum pelaksanaan 5G ditambah baik hujung Mac ini
DNB sedang meneliti dan menilai pilihan yang ada bagi memastikan pelaksanaan itu diperluas kepada kawasan berpenduduk di seluruh negara.

Suhaimi Sulaiman dilantik Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia
Suhaimi berpengalaman luas dalam bidang pentadbiran dan penyiaran, beliau merupakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pengarang saluran berita TV Astro AWANI.

Video di bilik persalinan: Penyedia platform media sosial perlu ambil perhatian - Teo
Kementerian Komunikasi dan Digital meminta semua penyedia platform media sosial supaya mengambil perhatian dan tindakan sekiranya terdapat penyebaran rakaman bilik persalinan di media sosial.

'Cerita Bulanan KKD' lapor prestasi kementerian setiap bulan - Fahmi
Fahmi berkata beliau berpegang teguh dengan konsep "Rakyat adalah Majikan."

KKD nafi buat panggilan senarai hitam
Berikut penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas (PRP) Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD).