awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MPC perkukuh kerjasama kerajaan, industri tangani isu pasaran buruh
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKD teliti keperluan pinda Akta Perkhidmatan Pos - Fahmi

Bernama
Bernama
19/05/2023
16:25 MYT
KKD teliti keperluan pinda Akta Perkhidmatan Pos - Fahmi
Kata Fahmi, antara akta yang sedang diteliti untuk dipinda termasuk Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Finas 1981 serta Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia. - Gambar fail/Bernama
KUCHING: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) sedang meneliti keperluan meminda Akta Perkhidmatan Pos 2012 supaya bersesuaian dengan perkembangan semasa bidang perkhidmatan pos dalam negara, kata menterinya Fahmi Fadzil.
"Kita ada lebih kurang lima atau enam akta yang sedang diteliti (untuk dipinda). Terutamanya yang sudah lama tidak dipinda sebagai contoh, Akta Perkhidmatan Pos yang kali terakhir dipinda pada 2012," katanya dalam sidang media selepas mengadakan lawatan ke Jabatan Penyiaran Sarawak di sini, pada Jumaat.
Akta Perkhidmatan Pos 2012 diwujudkan untuk mengadakan peruntukan mengenai perlesenan perkhidmatan pos dan pengawalseliaan industri perkhidmatan pos, dan bagi perkara-perkara yang bersampingan atau berkaitan dengannya.
Katanya antara akta yang sedang diteliti untuk dipinda termasuk Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Finas 1981 serta Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia.
Sementara itu, Fahmi berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) telah diberi tanggungjawab untuk menyelesaikan isu menara tiada perkhidmatan (naked tower) terutama di Sarawak.
"Saya perlu mengadakan pertemuan dengan MCMC dan syarikat telekomunikasi bagi meneliti langkah penyelesaian menyeluruh bagi masalah naked tower.
"Belum ada jangka masa atau rangka masa untuk proses perolehan kerana belum dapat maklum balas (daripada syarikat telekomunikasi) tetapi ia tak akan mengambil masa lama kerana MCMC ada kuasa untuk memberikan arahan tertentu," katanya.
Beliau berkata syarikat telekomunikasi perlu bersama-sama menyahut saranan kerajaan untuk menyelesaikan isu internet serta telekomunikasi bagi kepentingan rakyat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MCMC
#KKD
#Akta Perkhidmatan Pos
#FINAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan