KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan mengadakan pertemuan dengan pengendali aplikasi Tiktok berhubung isu kandungan membabitkan konflik Palestin-Israel yang didakwa disekat di platform itu, pada Khamis ini.
Menterinya, Fahmi Fadzil berkata pertemuan tersebut akan diadakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan syarikat induk Tiktok.
"Saya lihat Tiktok sudah mula 'cuak' kerana kita akan bertemu dengan syarikat induk mereka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Himpunan Malaysia Bersama Palestin di Axiata Arena, di sini malam ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai tindakan kerajaan ke atas dakwaan pengguna media sosial bahawa kandungan yang dihasilkan mereka yang mempunyai perkataan seperti Hamas dan beberapa perkataan lain, diturunkan secara automatik oleh pihak Tiktok.
Sementara itu, mengulas mengenai program hari ini, beliau berkata kehadiran yang memberangsangkan dengan lebih 15,000 orang adalah tanda betapa teguhnya sokongan rakyat Malaysia kepada rakyat Palestin.
"Kehadiran yang baik ini saya harap akan jadi pencetus dan memberi semangat kepada seluruh rakyat Malaysia," katanya.
Fahmi turut mengingatkan semua yang ingin memberikan sumbangan kepada rakyat Palestin agar memastikan dan mengesahkan sumbangan kepada agensi ataupun badan yang diikitiraf.
"Kita risau tindakan pihak scammer atau pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan untuk meraih dana dan kita tidak tahu dana itu pergi ke mana," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 24 2023
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil (kiri) menghadiri Himpunan Malaysia Bersama Palestin di Axiata Arena, Bukit Jalil malam ini. - Foto BERNAMA
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
KKD sekat platform media sosial rosak moral masyarakat secara berterusan - Fahmi
KKD secara berterusan melaksanakan tindakan sekatan ke atas platform media sosial dengan kandungan atau paparan yang boleh mempengaruhi, menjejas serta merosakkan moral masyarakat.
Berbaki kurang 4 peratus untuk Malaysia capai sasaran liputan 5G - Fahmi
Rangkaian 5G di kawasan berpenduduk di Malaysia telah mencapai 76.1 peratus setakat 30 Nov lepas, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
KKD bincangkan kerjasama hasilkan filem Malaysia mengenai kesedaran tentang penipuan
Timbalan Menteri berkenaan Teo Nie Ching berkata filem seperti itu dijangka diterbitkan oleh pengeluar filem tempatan yang akan bekerjasama dengan Finas dan PDRM.
Program Solidariti Palestin, manifestasi sokongan KKD terhadap rakyat Palestin
Penasihat PCKKD berbangga dengan penganjuran program julung kali diadakan dan berharap inisiatif itu turut menjadi contoh kepada agensi lain.
KKD panggil penyedia aplikasi media sosial bincang isu iklan jelik
Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan memanggil beberapa penyedia aplikasi media sosial bagi berbincang berhubung isu kandungan iklan jelik di platform yang terlibat.
KKD teliti guna teknologi satelit sebagai menara telekomunikasi
Fahmi Fadzil berkata sekiranya teknologi itu dapat dilaksanakan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi, dasar "di mana ada jalan, di situ ada Internet" dapat dicapai dan dilaksanakan dengan baik.
Kerajaan kaji keperluan lesen penyedia platform besar Google, Meta, TikTok
Kerajaan masih mengkaji keperluan untuk melesenkan atau mendaftarkan penyedia platform besar seperti Google, Meta dan TikTok.
Pendapatan iklan: Organisasi media jadi teraju, KKD sedia bantu
Organisasi media Malaysia boleh menerajui perkongsian pendapatan pengiklanan dengan platform media sosial global dan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) bersedia untuk membantu.
22 syarikat produksi terima insentif tayangan filem hampir RM2 juta
ITFC merupakan inisiatif KKD melalui Finas bagi membantu dan menggalakkan penerbit filem menghasilkan filem cereka tempatan.
Isu kandungan berkaitan Palestin diturunkan: Fahmi jumpa wakil TikTok, Meta
Pertemuan itu adalah bagi membincangkan isu melibatkan kawal selia kandungan.