MALAYSIA
KKDW laksana program seri di 4,000 rumah daif di Sabah - Ahmad Zahid
Menurut Ahmad Zahid, program yang dilaksanakan menerusi GiatMARA itu adalah untuk menyelenggara rumah yang memerlukan pembaikan atau pendawaian semula. - Gambar fail/Bernama
KOTA KINABALU: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan Program Selenggara Elektrik Rumah Impian (SERI) terhadap 4,000 rumah daif di Sabah yang memerlukan penyelenggaraan pendawaian.
Ringkasan AI
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata program yang dilaksanakan menerusi GiatMARA itu adalah untuk menyelenggara rumah yang memerlukan pembaikan atau pendawaian semula.
"Ini adalah peringkat permulaan dan kita akan mencari peruntukan supaya jumlah (rumah) ini akan ditambah.
"Sebagaimana saya sebutkan tadi, rumah-rumah ini jangan hanya dipilih dalam kalangan ahli keluarga, kawan-kawan atau tokoh-tokoh tertentu sahaja... mesti kepada yang memerlukan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Inspirasi Wanita Luar Biasa Bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Jelita GiatMARA di sini hari ini.
Hadir sama Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Dr Noraini Ahmad serta Penasihat Kehormat Kebangsaan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) Datuk Seri Bung Moktar Radin.
Ahmad Zahid berkata pada peringkat awal, hanya 1,000 rumah dirancang menerima manfaat daripada program SERI itu, namun jumlah terbabit ditambah selepas mengambil kira kawasan Sabah yang luas.
Terdahulu dalam ucapannya, Timbalan Perdana Menteri berkata melalui pelbagai program di bawah KKDW termasuk program TVET Jelita GiatMARA, beliau yakin peratusan tenaga pekerja wanita akan bertambah walaupun hanya bekerja dari rumah.
Beliau berkata pada masa ini, tenaga kerja wanita di seluruh negara merekodkan hanya 56.5 peratus berbanding lelaki iaitu 83.2 peratus manakala program TVET Jelita GiatMARA diyakini bukan hanya meningkatkan pendapatan keluarga, tetapi juga melahirkan wanita yang mempunyai daya kreatif tinggi.
Pada majlis itu, sebanyak 278 peserta TVET Jelita GiatMARA menerima sijil masing-masing yang menyertai lapan program latihan selama sehari yang diadakan secara serentak di lima pusat GiatMARA semalam.
Kursus dijalankan merangkumi menghasilkan aneka pastri dan bakeri, masakan barat, gubahan bunga kreatif, urutan tradisional, teknik membuat sanggul, rawatan kuku kaki dan tangan, solekan majlis rasmi serta asas rawatan muka.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- KKDW laksana Program SERI untuk 4,000 rumah daif di Sabah, melibatkan penyelenggaraan dan pendawaian semula melalui GiatMARA.
- Program ini diperluas daripada 1,000 kepada 4,000 rumah selepas mengambil kira keluasan Sabah, dengan syarat pemilihan mesti telus dan berdasarkan keperluan.
- Ahmad Zahid yakin program TVET Jelita GiatMARA tingkatkan penyertaan tenaga kerja wanita, dengan 278 peserta menerima sijil selepas mengikuti lapan kursus kemahiran.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata program yang dilaksanakan menerusi GiatMARA itu adalah untuk menyelenggara rumah yang memerlukan pembaikan atau pendawaian semula.
"Ini adalah peringkat permulaan dan kita akan mencari peruntukan supaya jumlah (rumah) ini akan ditambah.
"Sebagaimana saya sebutkan tadi, rumah-rumah ini jangan hanya dipilih dalam kalangan ahli keluarga, kawan-kawan atau tokoh-tokoh tertentu sahaja... mesti kepada yang memerlukan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Inspirasi Wanita Luar Biasa Bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Jelita GiatMARA di sini hari ini.
Hadir sama Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Dr Noraini Ahmad serta Penasihat Kehormat Kebangsaan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) Datuk Seri Bung Moktar Radin.
Ahmad Zahid berkata pada peringkat awal, hanya 1,000 rumah dirancang menerima manfaat daripada program SERI itu, namun jumlah terbabit ditambah selepas mengambil kira kawasan Sabah yang luas.
Terdahulu dalam ucapannya, Timbalan Perdana Menteri berkata melalui pelbagai program di bawah KKDW termasuk program TVET Jelita GiatMARA, beliau yakin peratusan tenaga pekerja wanita akan bertambah walaupun hanya bekerja dari rumah.
Beliau berkata pada masa ini, tenaga kerja wanita di seluruh negara merekodkan hanya 56.5 peratus berbanding lelaki iaitu 83.2 peratus manakala program TVET Jelita GiatMARA diyakini bukan hanya meningkatkan pendapatan keluarga, tetapi juga melahirkan wanita yang mempunyai daya kreatif tinggi.
Pada majlis itu, sebanyak 278 peserta TVET Jelita GiatMARA menerima sijil masing-masing yang menyertai lapan program latihan selama sehari yang diadakan secara serentak di lima pusat GiatMARA semalam.
Kursus dijalankan merangkumi menghasilkan aneka pastri dan bakeri, masakan barat, gubahan bunga kreatif, urutan tradisional, teknik membuat sanggul, rawatan kuku kaki dan tangan, solekan majlis rasmi serta asas rawatan muka.
-- BERNAMA

#Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah
#Program Selenggara Elektrik Rumah Impian
#Ahmad Zahid Hamidi
#rumah daif Sabah