KUALA LUMPUR: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan RM1.7 untuk membantu 1,200 usahawan luar bandar beralih kepada pendigitalan pada tahun ini.
Ketua Setiausaha KKDW Datuk Seri Ramlan Harun berkata peruntukan itu disalurkan untuk memberikan pendedahan secara langsung dan praktikal mengenai pendigitalan perniagaan kepada golongan berkenaan antaranya Program Pendigitalan Usahawan Desa (PPU).
"PPU di bawah Program Desamall ini ialah inisiatif tambahan yang dilaksanakan oleh kementerian untuk merapatkan jurang digital dengan membantu usahawan desa meningkatkan produktiviti, kecekapan dan sebagai kesediaan menjalankan perniagaan secara dalam talian selaras perkembangan teknologi terkini dan situasi ekonomi semasa," katanya dalam kenyataan semalam.
Ramlan berkata, program itu yang dirasmikan di Kota Damansara, Selangor semalam telah membantu usahawan menambah baik operasi perniagaan selain mengembangkan perniagaan dan meningkatkan produktiviti serta kecekapan pengurusan perniagaan.
"Perkembangan positif ini direalisasikan melalui pendedahan dan latihan mengenai aplikasi digital perniagaan terkini dan bantuan berkaitan pendigitalan perniagaan yang diberikan KKDW dan 22 rakan strategik yang terlibat.
"Ia merangkumi pendigitalan kewangan, tempat jualan atau gudang digital, pengurusan gerbang bayaran, akses Internet yang optimum, aplikasi perkhidmatan atas permintaan dan platform e-dagang," katanya.
Ramlan berkata bimbingan lain yang diberikan termasuk peruncitan digital, route to halal, tanda dagangan, penghasilan kandungan dan pemasaran afiliasi, peningkatan perniagaan dari taraf Nano ke Perindustrian Kecil dan Sederhana (PKS) serta yang terkini, solusi teknologi kecerdasan buatan (A.I.) dan kecerdasan pelanggan (C.I), dalam membantu usahawan mengenal pasti keperluan perusahaan mereka.
"Secara keseluruhan sebanyak sembilan siri program telah dilaksanakan pada tahun 2022 dan 2023 dengan penyertaan seramai 2,524 usahawan yang menerima manfaat daripada program ini," katanya.
Dalam pada itu, Ramlan berkata bagi memastikan pengurusan logistik dan penyimpanan stok produk usahawan diperkemas dan diuruskan dengan lebih baik, Pentadbir Desamall iaitu syarikat eLokal Sdn Bhd telah mengambil inisiatif dalam penyewaan sebuah gudang Desamall yang baharu di EmHub, Kota Damansara.
Gudang berkeluasan 4,000 kaki persegi itu katanya berfungsi untuk pengumpulan dan penyimpanan stok produk usahawan luar bandar yang menyertai Program Desamall.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 26 2024
Ramlan berkata, Program Pendigitalan Usahawan Desa membantu usahawan menambah baik operasi perniagaan selain mengembangkan perniagaan dan meningkatkan produktiviti serta kecekapan pengurusan perniagaan. - Gambar fail BERNAMA
Kejohanan Dunia Boling Padang: Tiga gangsa dalam tangan, misi tukar warna pingat
Skuad boling padang negara layak ke pusingan separuh akhir dalam kesemua kategori yang dipertandingkan di Kejohanan Dunia Dalam Dewan 2024.
Amerika Syarikat mungkin haramkan firma dron China, DJI
Amerika Syarikat kini turut sedang pertimbangkan DJI sebagai ancaman sekuriti, dan mungkin melakukan perundangan untuk mengharamkan DJI.
Bersatu ambil tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimen - Muhyiddin
Bersatu sedang melaksanakan tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimennya yang menyokong Perdana Menteri selepas meminda Perlembagaan parti bulan lalu.
'Made in Malaysia' - Apple punyai 19 kilang pembekal di negara ini
Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai beberapa kilang pembekal yang menawarkan komponen kepada Apple.
SPRM lancar bilik gerakan PRK Kuala Kubu Baharu
SPRM melancarkan bilik gerakan, bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa.
WEF anjur mesyuarat khas di Arab Saudi ketika suhu geopolitik Asia Barat memanas
WEF keluar dari kelazimannya dengan menganjurkan mesyuarat khas dua hari, 28-29 April 2024 di Riyadh, Arab Saudi.
Kerajaan rangka hala tuju beri lebih banyak perlindungan kepada kanak-kanak
Kerajaan akan merangka hala tuju bagi memberikan lebih banyak perlindungan dari segi undang-undang kepada kanak-kanak di negara ini.
Tiada tepung di pasaran tempatan mengandungi benzoil peroksida melebihi kadar dibenarkan - KKM
Tiada mana-mana jenama tepung di pasaran tempatan mengandungi benzoil peroksida melebihi paras yang dibenarkan di bawah undang-undang.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Menurut Jawatankuasa Pemandu FFC, Ann Wright, pihaknya akan memaklumkan perkembangan terbaharu kepada semua delegasi terlibat sekiranya tarikh akhir pelayaran ditetapkan.
Bytedance enggan jual TikTok di Amerika Syarikat
BYTEDANCE kini mengatakan mereka tidak akan menjual perniagaan TikTok di Amerika Syarikat (AS).
KKDW peruntuk RM1.7 bantu 1,200 usahawan desa kuasai pendigitalan
Peruntukan itu bagi memberi pendedahan secara langsung dan praktikal mengenai pendigitalan perniagaan kepada usahawan luar bandar.
Mini KUD Kota Samarahan, platform usahawan desa kembangkan perniagaan
Mini KUD yang julung kali diadakan juga bertujuan memberi bimbingan dan khidmat nasihat kepada usahawan desa bagi meningkatkan produktiviti.
Pastikan produk usahawan desa berkualiti, jamin pasar ke luar negara - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa kerajaan akan mempromosikan produk usahawan desa secara besar-besaran ke pasaran antarabangsa.
Ketengah peruntuk RM9 juta untuk program pembangunan usahawan desa
30 usahawan berjaya memasarkan sejumlah lebih 50 produk makanan dan minuman di tiga stesen minyak di kawasan Ketengah.
Air mata Kiah Pekasam: Penat tunggu bantuan, tiada yang endah
Mahu pekasam Lenggong bertaraf dunia perlukan kilang bertaraf GMP. Namun ia tidak semudah yang disangka. Ikuti pahit getir usahawan desa, Kiah Abdullah.
Usahawan desa perlu ceburi perniagaan atas talian - Ismail Sabri
Usahawan desa digesa agar memanfaatkan perniagaan secara atas talian bagi memperoleh pasaran yang lebih luas termasuk di peringkat global.