Skip to main content

Malaysia

KKEC UiTM: Dua peserta dibenar pulang, seorang masih dirawat di ICU

[TB]_Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh_FB Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh
Seorang lagi peserta yang dirawat di Wad Kenanga 12, Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh pula dijangka dibenarkan keluar hari ini. -Gambar fail
Advertisement

MARAN: Dua daripada lapan peserta Program Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) 2026 yang menerima rawatan selepas mengalami kesukaran bernafas ketika menyertai acara Mara Lasak pada Jumaat lalu, sudah dibenarkan pulang.

Ketua Polis Daerah Maran, Superintenden Wong Kim Wai berkata dua peserta berkenaan sebelum ini menerima rawatan di Hospital Jengka.

Menurutnya, seorang lagi peserta yang dirawat di Wad Kenanga 12, Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh pula dijangka dibenarkan keluar hari ini.

“Seorang peserta yang masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) HoSHAS berada dalam keadaan sedar serta boleh bercakap, namun masih dalam pemantauan.

"Empat lagi peserta masih dalam pemantauan di Hospital Jengka," katanya pada Isnin.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan sembilan peserta Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) 2026 mengalami masalah kesihatan selepas menyertai acara Mara Lasak sejauh 10 kilometer (km) pada Jumaat lalu.

Kim Wai berkata peserta terbabit termasuk empat wanita mengalami sesak nafas ketika acara berkenaan berlangsung sebelum kesemuanya dihantar ke Hospital Jengka untuk mendapatkan rawatan.

Menurutnya, seorang peserta, Fadhlan Fakhry Solana Mohd Fellimal, 21, pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Negeri Sembilan, yang berada dalam keadaan tenat kemudian dirujuk ke HoSHAS.

Bagaimanapun, Fadhlan Fakhry Solana disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan ICU hospital berkenaan pada jam 2.08 petang Sabtu. -Sinar Harian

Must Watch Video

Advertisement