SEGAMAT: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mencari dan mengenal pasti faktor yang menyebabkan sebahagian besar rakyat di negara ini masih belum mendaftar untuk suntikan vaksin COVID-19, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.
Beliau berkata KKM menyasarkan 70 hingga 80 peratus penduduk Malaysia mendaftar dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, namun sehingga kini hanya 7.6 juta daripada 26.7 juta mendaftar menerusi aplikasi MySejahtera.
"Saya tidak berpuas hati lagi. KKM masih belum berpuas hati, kemungkinan besar KKM akan mencari punca sebab apa mereka tidak daftar. Adakah kempen tidak cukup kuat atau mereka takut atau mahu tunggu dan lihat? Ada juga yang dakwa vaksin begitu begini.
Atau adakah mereka tidak dapat liputan aplikasi MySejahtera di kawasan masing-masing atau kurang pengetahuan. Setakat ini, 7 juta (yang berdaftar) masih rendah," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Program Malaysia Prihatin Vaksinasi COVID-19 'Lindung Diri, Lindung Semua' Peringkat Daerah Segamat di sini, hari ini.
Katanya, KKM berharap mereka yang mendaftar akan meningkat sebelum fasa kedua suntikan vaksin COVID-19 bermula 17 April ini bagi mengelak kesulitan berlaku di fasa akhir pemberian suntikan vaksin berkenaan.
Dr Adham berkata pendaftaran secara manual di pejabat kesihatan, klinik kesihatan, hospital kerajaan dan swasta juga telah dibuka bagi memudahkan penduduk yang tidak mempunyai kemudahan teknologi dan capaian internet untuk mendaftar bagi mendapatkan vaksin yang diberi secara percuma.
Dalam pada itu, beliau berkata keberkesanan suntikan vaksin telah terbukti apabila statistik petugas kesihatan yang dijangkiti COVID-19 menunjukkan penurunan.
Katanya 6,087 kes jangkitan COVID-19 dalam kalangan petugas kesihatan direkodkan sehingga semalam dengan jururawat dicatatkan jumlah yang tertinggi iaitu 2,276 kes atau 37 peratus diikuti pegawai perubatan 816 kes atau 13 peratus.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 04 2021
Dr Adham berkata KKM menyasarkan 70 hingga 80 peratus penduduk Malaysia mendaftar dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan. - ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR
Debut Sukan Olimpik 'langkah besar' dalam karier Nurul Izzah Izzati
Bintang muda berbasikal trek negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri menyifatkan penampilan sulungnya pada Sukan Olimpik 2024 di Paris sebagai 'langkah besar' dalam kariernya.
Raja Salman jalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Jeddah
Pemeriksaan itu yang diadakan pada Rabu (24 April), dijangka berlangsung beberapa jam.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Kedua-dua mangsa tidak sedarkan diri dan mangsa tersepit berjaya dibawa keluar dari kereta pada jam 4.11 petang.
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah bantu tingkat persefahaman antara kaum - Saraswathy
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah menjadi platform terbaik untuk meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar sekolah, kata Timbalan Menteri Perpaduan Negara K. Saraswathy.
MITI: RM58.91 juta diagihkan kepada PKS pada suku pertama bagi automasi dan pemodenan
Jumlah peruntukan bagi pinjaman mudah itu ialah RM150 juta untuk 30 syarikat dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan pembuatan.
2,214 stesen pengecas EV dipasang, MITI kekal sasaran 10,000 menjelang 2025
Ia sebahagian komitmen MITI untuk membangunkan infrastruktur pengecasan EV dan mencapai sasaran 10,000 titik pengecasan menjelang 2025.
Harimau Muda kurang 'kerja rumah' hadapi Piala Asia B-23 2024 - Penganalisis
Menerusi pemerhatian di laman media sosial, timbul cakap-cakap netizen yang lebih terarah kepada perjalanan kesemua pemain negara kendalian Juan Torres Garrido ke Qatar sekadar 'makan angin'.
UMNO aktifkan 'war room' bantu calon Kerajaan Perpaduan - Ahmad
Ahmad berkata UMNO juga akan melaksanakan kempen bagi membantu calon berkenaan dengan bersungguh-sungguh.
Pelepasan air terawat Fukushima digantung kerana terputus elektrik
Pelepasan air radioaktif terawat ke laut dari loji janakuasa nuklear Fukushima yang lumpuh digantung pada Rabu berikutan gangguan bekalan elektrik separa, kata pengendali loji itu.
Prabowo rasmi diisytihar Presiden Indonesia
Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) secara rasmi akan mengisytiharkan Prabowo Subianto sebagai Presiden Indonesia dipilih, dalam satu majlis pada Rabu, seperti yang dijadualkan.
KKM batal notifikasi produk ZMY Magnetic Aura Night Cream mengandungi merkuri
Penjual dan pengedar produk kosmetik ini perlu menghentikan penjualan dan pengedaran produk kosmetik terbabit dengan serta-merta.
KKM kenal pasti modus operandi penjaja makanan warga asing, perketat pemantauan
Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengenal pasti modus operandi penjaja makanan warga asing di negara ini dan akan memperketat pemantauan bagi menangani aktiviti itu.
KKM tubuh jawatankuasa rangka mekanisme bangun semula klinik kesihatan di Sarawak
Kementerian Kesihatan (KKM) telah menubuhkan satu jawatankuasa bagi merangka mekanisme bagi pembangunan semula klinik-klinik kesihatan di Sarawak, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
KKM arah hentikan jualan 'Kingu Ginseng Candy'
KKM meminta mana-mana peniaga termasuk peniaga dalam talian yang mempunyai stok produk gula-gula 'Kingu Ginseng Candy' untuk menghentikan serta-merta penjualannya.
Pindaan Akta 50, rapatkan jurang Program Parallel Pathway dan Sarjana Tempatan
Cadangan pindaan Akta Perubatan 1971 (Akta 50) bertujuan menangani jurang antara Program Parallel Pathway (PPP) dan Program Sarjana Perubatan tempatan.
KKM keluar 1,639 notis dalam Ops Kebersihan dan Keselamatan Makanan bazar Ramadan 2024
1,639 notis dengan nilai kompaun berjumlah RM163,900 telah dikeluarkan dalam Operasi Kebersihan dan Keselamatan Makanan di bazar Ramadan.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
Pendaftaran produk semula jadi dengan tuntutan moden berkuat kuasa 4 April
Pelaksanaan pendaftaran produk semula jadi berdasarkan Guideline on Natural Products with Modern Claim telah diluluskan bagi memantapkan sistem kawal selia bagi produk semula jadi di Malaysia.
KKM cadang pindaan Akta 50 berkenaan program Parallel Pathway disegerakan
Langkah itu adalah bagi menyelesaikan masalah kekurangan pakar perubatan yang berkhidmat di fasiliti kesihatan kerajaan di negara ini.
KKM sahkan suplemen kesihatan 'Beni Koji Choleste Help' tidak berdaftar
RYR adalah bahan yang diekstrak atau dihasilkan melalui proses penapaian beras dengan menggunakan sejenis yis dikenali sebagai 'Monascus purpureus'.