MALAYSIA
KKM akan laksana 'fast track' isi jawatan sektor kesihatan - Dzulkefly
Dr Dzulkefly etika sidang media selepas merasmikan Majlis Persidangan Saintifik Tahunan dan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-55 hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melaksanakan proses pengisian 4,352 jawatan sektor kesihatan secara 'fast track' dan tidak mengikut kaedah konvensional bagi memenuhi keperluan mendesak tenaga kerja kesihatan ketika ini.
Ringkasan AI
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet semalam dan beliau sendiri telah menekankan keperluan untuk mempercepat proses berkenaan.
"Saya telah tegaskan dan tekankan supaya Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan dan Ketua Pengarah Kesihatan supaya menyegerakan pengisian ini melalui kaedah fast track berbanding konvensional," katanya.
Sementara itu, menyentuh isu pendaftaran pengamal kesihatan di bawah Akta Profesion Kesihatan Bersekutu 2016 (Akta 774), Dzulkefly menyeru semua pengamal perubatan menyegerakan pendaftaran rasmi serta mendapatkan Perakuan Amalan (APC) sebelum 31 Dis 2026.
Beliau berkata langkah itu penting bagi mewujudkan ekosistem amalan kesihatan bersekutu yang diiktiraf, dikawal selia dan berteraskan kualiti.
Sementara itu, Pengarah Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu KKM L. Mageswary berkata individu yang gagal mendaftar atau mengamalkan tanpa APC boleh dikenakan tindakan undang-undang.
"Mana-mana individu yang menggaji seseorang yang tidak berdaftar di bawah Akta (Akta 774) ini untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai pengamal Profesion Kesihatan Bersekutu adalah melakukan suatu kesalahan.
"Jika disabitkan bersalah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara tidak melebihi dua tahun, atau kedua-duanya sekali. Bagi kesalahan yang berterusan, denda tambahan hingga RM1,000 sehari boleh dikenakan.
"Bagi pertubuhan perbadanan, perkongsian atau mana-mana entiti organisasi pula, denda boleh mencecah hingga RM100,000 dan untuk kesalahan berterusan, denda tambahan sebanyak RM5,000 sehari boleh dikenakan," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- KKM akan mempercepat pengisian 4,352 jawatan sektor kesihatan secara 'fast track' bagi memenuhi keperluan mendesak tenaga kerja, seperti diarahkan dalam mesyuarat Kabinet.
- Semua pengamal kesihatan bersekutu perlu mendaftar dan memperoleh Perakuan Amalan (APC) sebelum 31 Disember 2026 di bawah Akta 774 untuk memastikan amalan yang sah dan berkualiti.
- Individu atau organisasi yang menggaji pengamal tidak berdaftar boleh dikenakan denda sehingga RM100,000 atau penjara, termasuk denda harian bagi kesalahan berterusan.