PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) akan menerima pakai pendekatan pajakan bagi peranti perubatan, aset perubatan dan ambulans mulai tahun depan dalam usaha meningkatkan perkongsian awam-swasta yang lebih erat, kata Timbalan Ketua Setiausaha KKM (Kewangan) Datuk Seri Norazman Ayob.
Pada masa sama, beliau berkata kementerian tidak lagi akan membeli aset perubatan secara terus kecuali untuk barangan tertentu yang bernilai rendah atau marginal.
Aset misalnya seperti mesin Pengimejan Resonans Magnetik (MRI), imbasan Tomografi Berkomputer (CT) dan ultrasound, akan dipajak.
"Kami akan memajak peranti perubatan berdasarkan asas sewa pajak untuk digunakan," katanya pada Persidangan Penjagaan Kesihatan KPJ di sini hari ini.
"Kami juga akan memajakkan ambulans kami, dan kami juga tidak akan mempunyai ambulans sendiri lagi. Kami sedang mencari sumber luar perkhidmatan ambulans, termasuk penggunaan aplikasi digital dan pesakit tidak perlu lagi menghubungi nombor kecemasan.
"Ia seperti perkhidmatan Grab di mana kami boleh mengesan dan menjejak ambulans. Kami telah menetapkan petunjuk prestasi utama dari segi masa tindak balas ambulans," katanya.
Norazman berkata kementerian juga akan menyumber luar beberapa perkhidmatan perubatannya, justeru sedang meneliti beberapa perkhidmatan perubatan tersebut seperti perkhidmatan kardiologi.
"Kami akan melihat kumpulan hospital swasta mana yang boleh memenuhi keperluan kami dari segi piawaian dan harga, dan kemudian kami akan mula menyumber luar pesakit kepada mereka.
"Selain menguruskan kesesakan di hospital, ini juga akan memberi peluang serta kemudahan kepada pesakit kita dan tidak lagi perlu datang jauh-jauh ke Kuala Lumpur contohnya IJN (Institut Jantung Negara). Kini mereka berpeluang atau mempunyai kemudahan untuk dirawat di hospital tempat mereka berada," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 02 2023
Norazman merasmikan KPJ Healthcare Conference 2023 bertemakan "Healthcare Tranformation : Reimagining and Redefining" di PICC hari ini. - Gambar Bernama
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Grab tidak terlibat dalam surat terbuka AIC kepada PM Anwar
Pihak Grab berkata, pihaknya tidak pernah dimaklumkan atau dirujuk mengenai surat terbuka kepada Perdana Menteri.
KWSP cadang 'Akaun 3' untuk pekerja tidak formal, benarkan keluaran fleksibel
KWSP cadang Akaun 3 diberi kelonggaran untuk membuat pengeluaran sebarang jumlah pada bila-bila masa.
Mahkamah Tinggi batalkan cadangan denda RM86.77 juta MyCC kenakan terhadap Grab
Hakim Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh turut memerintahkan suruhanjaya tersebut membayar kos RM20,000 kepada ketiga-tiga syarikat tersebut.
Penawaran dan permintaan tidak seimbang, kesesakan faktor utama lonjakan tambang e-hailing - Menteri
Selain itu beberapa syarikat e-hailing juga telah menunjukkan penurunan bilangan pemandu berdaftar sebanyak 30 peratus berbanding sebelum COVID-19 melanda negara.
Cadangan denda Grab RM86.77 juta: MyCC mohon kebenaran rayu keputusan mahkamah
MyCC telah memfailkan permohonan bagi mendapatkan kebenaran merayu keputusan Mahkamah Rayuan membenarkan Grab dan dua anak syarikatnya memulakan semakan kehakiman.
Grab bakal disenarai di AS menerusi penggabungan, kini bernilai hampir AS$40 bilion
Grab bakal disenarai di AS menerusi penggabungan, kini bernilai hampir $40 bilion
Syarikat e-hailing disaran tumpu pelanggan pusat hiburan, kekang isu pemandu mabuk
Usaha itu merupakan salah satu alternatif bagi mengekang berlakunya insiden pemandu mabuk.
'Sharing Economy' dan era 'The New Corns'
Antara faktor penyumbang kepada kelahiran syarikat-syarikat berstatus Unicorn adalah saiz pasaran, akses kepada modal dan aktiviti R&D.
Grab lancarkan projek perintis GrabBike di Lembah Kelang
Projek perintis GrabBike ini merupakan sebahagian daripada program Pembuktian Konsep untuk kerajaan, katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
GrabFood perluas servis GrabExpress, GrabMart
Sebelum ini, perkhidmatan ini hanya terdapat di kawasan terpilih di Lembah Klang, Pulau Pinang, Melaka, Johor Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu.