awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKM bakal perkenal pelabelan kalori di restoran mulai tahun depan

Hilmi Malik
Hilmi Malik
12/10/2022
06:37 MYT
KKM bakal perkenal pelabelan kalori di restoran mulai tahun depan
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bakal melaksanakan projek rintis pelabelan kalori bagi setiap menu yang dihidangkan melibatkan semua premis makanan, kata Khairy Jamaluddin. - Gambar BERNAMA
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bakal melaksanakan projek rintis pelabelan kalori bagi setiap menu yang dihidangkan melibatkan semua premis makanan.
Untuk permulaan, projek berkenaan, kata Menterinya, Khairy Jamaluddin, akan diperkenalkan di sekitar Putrajaya pada tahun depan sebelum diperluaskan ke seluruh negara.
"Kementerian juga melihat kerjasama dengan syarikat restoran makanan segera agar pelabelan menu turut dapat dilaksanakan di rangkaiannya.
"Sajian mereka tidak banyak berubah di rangkaian lain, jadi ini memudahkan pelaksanaan projek," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan seminar Anti Obes City Putrajaya dan pelancaran modul program pengurusan berat badan di sini pada Rabu.
Tambahnya lagi, KKM juga akan turut membantu premis makanan mengenai maklumat pemakanan.
"Mereka juga tidak perlu membelanjakan duit untuk mendapatkan konsultan bagi melabelkan menu-menu yang dijual.
"Kementerian akan melihat data dan kejayaan polisi ini sebelum membuat keputusan Dasar Pelabelan Menu Makanan," katanya lagi.
Mengulas lanjut, inisiatif berkenaan dijadual berjalan enam bulan hingga setahun itu akan dinilai sebelum Dasar Pelabelan Menu Makanan membuat keputusan untuk mewajibkan atau sebaliknya.
Topic Berkaitan
#Kementerian Kesihatan
#pelabelan kalori
#Khairy Jamaluddin
#Anti Obes City
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan