awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Orang Asli tidak terpinggir proses pendigitalan perkhidmatan - Shamsul Anuar
Lelaki maut 'terjun' dari kereta dipandu teman wanita
Dakwaan Malaysia serah 5,207 hektar tanah kepada Indonesia suatu penipuan - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKM berharap Kertas Putih Kesihatan dapat sokongan penuh

Bernama
Bernama
02/05/2023
20:26 MYT
KKM berharap Kertas Putih Kesihatan dapat sokongan penuh
Dr Muhammad Radzi berkata KKM juga berusaha untuk mengubah pendekatan masyarakat iaitu daripada mendapatkan rawatan perubatan kepada kesejahteraan menyeluruh. - Gambar fail/Bernama
GEORGE TOWN: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berharap Kertas Putih Kesihatan yang bakal menjadi permulaan perjalanan reformasi sistem kesihatan Malaysia ke arah yang lebih mampan dan berdaya saing, akan mendapat sokongan seluruh masyarakat dan kerajaan.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata Kertas Putih Kesihatan dijangka akan dibentangkan di Parlimen pada Jun 2023 untuk mendapatkan sokongan dwipartisan ahli Parlimen sebelum langkah-langkah pelaksanaanya dapat dijalankan.
"Dari segi konsep, ia telah pun lengkap serta merangkumi segala aspek kesihatan tapi kita perlu mula untuk mengoptimumkan strategi dan perancangan dari sekarang.
"Kita berharap ia mendapat sokongan penuh kerana usaha ini bukan membabitkan KKM sahaja. Ia memerlukan usaha masyarakat dan kerajaan secara menyeluruh untuk menjadikan sistem kesihatan Malaysia lebih cekap," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Sesi Townhall Kertas Putih Kesihatan Zon Utara di sini pada Selasa.
Tambahnya, antara isu yang dibangkitkan tertumpu kepada penambahbaikan perkhidmatan sistem kesihatan negara yang sering menghadapi kesesakan, antaranya, di kecemasan dan pusat-pusat kesihatan.
Selain itu, Dr Muhammad Radzi berkata KKM juga berusaha untuk mengubah pendekatan masyarakat iaitu daripada mendapatkan rawatan perubatan kepada kesejahteraan menyeluruh dengan mengetengahkan langkah-langkah pencegahan.
Seterusnya beliau berkata Kertas Putih Kesihatan juga akan menumpu kepada kekangan pembiayaan kesihatan apabila peningkatan drastik terhadap permintaan perkhidmatan kesihatan serta kenaikan kos perubatan telah menggugat kemampanan pembiayaan penjagaan kesihatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kertas putih kesihatan
#Muhammad Radzi Abu Hassan
#reformasi sistem kesihatan Malaysia
#Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan