[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
NATIONAL

KKM beri notis amaran jika larangan pameran rokok tidak dipatuhi - Dr Dzulkefly

Yasmin Natasha 08/04/2025 | 05:41 MYT
Dr Dzulkefly berkata KKM akan mengeluarkan notifikasi ketidakpatuhan atau surat amaran terhadap premis yang gagal mematuhi Larangan Pameran Produk Rokok di Kaunter Jualan. - Foto Sinar Harian
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengeluarkan notifikasi ketidakpatuhan atau surat amaran terhadap premis yang gagal mematuhi Larangan Pameran Produk Rokok di Kaunter Jualan.

Ringkasan AI
  • Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengeluarkan notifikasi atau surat amaran kepada premis yang gagal mematuhi Larangan Pameran Produk Rokok di Kaunter Jualan, dengan penguatkuasaan berfasa berlangsung sehingga 1 Oktober 2025.
  • Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 [Akta 852] telah dikuatkuasakan mulai 1 Oktober tahun lalu, melibatkan 51,000 kedai di seluruh negara.
  • Pemaparan harga ubat akan dikuatkuasakan pada 1 Mei depan melalui perintah di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (AKHAP) [Akta 723], dengan sesi libat urus bersama Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) akan diadakan dalam masa terdekat.

Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pada masa ini pelaksanaan penguatkuasaan secara berfasa sedang berlangsung sehingga 1 Oktober 2025.
"Penguatkuasaan berfasa masih lagi berlangsung dan sekiranya berlaku ketidakpatuhan, kementerian akan mengeluarkan notifikasi atau surat amaran kepada pihak terbabit," katanya ketika sidang akhbar sempena Majlis Penyerahan Mesin Automated External Defibrillator (AED) di sini, hari ini.
Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 [Akta 852] bersama-sama peraturan dan perintah yang berkaitan di bawahnya telah dikuatkuasakan mulai 1 Oktober tahun lalu.
Perintah larangan tersebut melibatkan sebanyak 51,000 kedai yang menjual produk merokok di seluruh negara.
Akta 852 merangkumi peraturan pendaftaran, penjualan, pembungkusan, pelabelan, dan larangan merokok di tempat awam.
Sementara itu, beliau berkata, satu sesi libat urus dengan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) berkaitan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (AKHAP) [Akta 723] terhadap fasiliti penjagaan kesihatan swasta akan diadakan dalam masa terdekat.
Pemaparan harga ubat akan dikuatkuasakan pada 1 Mei depan melalui perintah di bawah AKHAP.
Seksyen 10 AKHAP memperuntukkan kuasa menteri untuk menghendaki barang atau perkhidmatan ditanda dengan harga.
#KKM #Pameran Rokok #surat amaran #terkini