awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
Hamas sedia serah pentadbiran Gaza kepada Jawatankuasa Kebangsaan
Gambar, video Zara Qairina bersama pelajar A dalam keadaan ceria dipapar di Mahkamah Koroner
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKM: Cecair e-rokok nikotin hanya boleh dijual oleh ahli farmasi berlesen

Astro Awani
Astro Awani
09/11/2015
11:38 MYT
KKM: Cecair e-rokok nikotin hanya boleh dijual oleh ahli farmasi berlesen
Cecair elektronik (e-liquid) yang mengandungi nikotin dikehendaki didaftarkan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1954, Akta Jualan Dadah 1952. - Gambar fail
Cecair e-rokok bernikotin hanya boleh dijual oleh ahli farmasi berlesen dan pengamal perubatan berdaftar, rumus Jawatankuasa Khas Mengenai Rokok Elektronik pada Isnin.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menegaskan, penjualan nikotin oleh lain-lain pihak adalah salah di sisi undang-undang.
"Cecair elektronik (e-liquid) yang mengandungi nikotin dikehendaki didaftarkan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, Akta Jualan Dadah 1952.
"Ia hanya boleh dijual oleh ahli farmasi yang berlesen dan pengamal perubatan yang berdaftar dan perlu direkodkan. Mengikut Akta Racun 1952, penjualan nikotin oleh lain-lain pihak adalah salah di sisi undang-undang," jelas beliau dalam satu kenyataan berhubung kawalan penjualan dan penggunaan rokok elektronik dan vape oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Jawatankuasa khas berkenaan mengadakan mesyuarat pertamanya petang Isnin di Kementerian Kesihatan, Putrajaya dan dipengerusikan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Sebarang kenyataan berhubung isu vape hanya akan dikeluarkan jawatankuasa itu bagi memastikan usaha merangka kawalan terhadap vape dapat dilaksanakan secara menyeluruh.
Pada 30 Oktober lalu, Kabinet membuat keputusan untuk tidak mengharamkan rokok elektronik dan vape, namun cecair elektronik yang mengandungi nikotin adalah dikawal di bawah Akta Racun 1952 dan Akta Dadah Berbahaya 1952.
Topic Berkaitan
#ahli farmasi berlesen
#cecair elektronik
#E-rokok
#KKM
#vape
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan