MALAYSIA
KKM di fasa akhir tangani isu menunggu lama di hospital kerajaan
Dr Dzulkefly (foto) memaklumkan perkara itu sedang diteliti secara menyeluruh melalui sesi libat urus bersama kementerian dan agensi berkaitan. - Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) kini berada di fasa akhir dalam merangka pelan bagi mengurangkan masa menunggu yang terlalu lama di hospital-hospital kerajaan seluruh negara.
Ringkasan AI
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata perkara itu sedang diteliti secara menyeluruh melalui sesi libat urus bersama kementerian dan agensi berkaitan.
“Buat masa ini, pelan tersebut masih dalam peringkat akhir pembangunan. Apabila sudah dimuktamadkan, kita akan umumkan secara rasmi.
“Jadi saya mohon semua bersabar dan beri ruang kepada kami untuk meneliti isu ini dengan sebaik mungkin,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Ekspo Makanan Selamat (eMAS) 2025 dan sambutan Hari Keselamatan Makanan Sedunia di pusat beli-belah Alamanda, Putrajaya, pada Sabtu.
Bagaimanapun, ketika ditanya sama ada masa menunggu yang panjang berpunca daripada kekurangan petugas kesihatan, Dzulkefly enggan mengulas lanjut.
Ringkasan AI
- KKM berada di fasa akhir merangka pelan untuk mengurangkan masa menunggu lama di hospital kerajaan.
- Pelan ini sedang diteliti melalui sesi libat urus bersama kementerian dan agensi berkaitan, dan akan diumumkan selepas dimuktamadkan.
- Menteri Kesihatan enggan mengulas sama ada masa menunggu berpunca daripada kekurangan petugas kesihatan.