PUTRAJAYA:Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berharap Ahli-ahli Parlimen yang dijangka mengundi bagi kelulusan Belanjawan 2021 esok akan melakukannya dengan baik dan penuh kebijaksanaan bagi kebaikan rakyat dan negara, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
"Di kala negara sedang melalui pandemik COVID-19, KKM yakin mereka faham dengan situasi semasa iaitu pandemik ini dan situasi kewangan negara dan berharap Ahli-ahli Parlimen akan mengundi dengan bijaksana," katanya pada sidang media situasi semasa jangkitan COVID-19 di Malaysia, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan wartawan mengenai harapan KKM dalam pengundian bagi kelulusan Belanjawan 2021 yang dijangka diadakan di Parlimen esok.
Berkenaan Kluster Teratai, beliau berkata KKM tidak menemui sebarang jangkitan dalam komuniti dan jangkitan setakat ini dikesan dalam kalangan pekerja dan kontak rapat mereka.
"Sebagai contoh 164 pekerja Malaysia yang tinggal di Selangor dan Kuala Lumpur, mereka pulang dan menjangkiti kira-kira 70 individu daripada anggota keluarga tetapi di luar kluster kami belum melihat sebarang jangkitan dalam kalangan komuniti," katanya.
Katanya kilang tersebut mempunyai pekerja seramai 11,215 orang dan sehingga hari ini sebanyak 6,506 saringan telah dilakukan dengan 4,063 daripadanya mendapat keputusan positif, 2,270 adalah negatif dan 173 lagi masih menunggu keputusan.
"Pada Khamis ini (esok) cukup 14 hari tempoh kita kuarantinkan mereka dan hari ke-13 kita akan menjalankan saringan kali kedua. Kalau ujian negatif baru kita lepaskan mereka," katanya.
Katanya semalam, KKM mengeluarkan arahan penutupan 20 kilang syarikat terbabit dan lapan lagi kilang akan ditutup secara berperingkat.
"Walaupun kilang telah ditutup, jentera di kilang perlu terus beroperasi untuk mengelak kerosakan jika diberhentikan. Jadi kita membenarkan jentera itu beroperasi tetapi dengan kadar yang minimum," katanya.
--BERNAMA
Bernama
Wed Nov 25 2020

Dr Noor Hisham berkata KKM yakin mereka faham dengan situasi semasa pandemik dan situasi kewangan negara.

Abang Johari umum BKSS 5.0 petang ini, bantuan untuk rakyat Sarawak
Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini akan mengumumkan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 5.0 dalam usaha memacu ekonomi negeri dan rakyat Sarawak.

AWANI Pagi: Memahami COVID-19 dan kesannya kepada bayi
Apakah yang perlu kita tahu mengenai jangkitan terhadap golongan ini. Dan bersama kami di talian skype pada ketika ini adalah, Pakar Pediatrik Neonatologi UIAM, Dr Syed Abdul Khaliq Syed Abd Hamid

AWANI Ringkas: PKPD di Kampung Orang Asli | Datuk, rakan didakwa serang pelanggan

Kekurangan diri tidak halang pemuda Gaza ini pelajari karate
Youssef tidak melihat kekurangan dirinya sebagai suatu halangan untuk merealisasikan apa yang diimpikannya.

AWANI Ringkas: PKPD di Kampung Orang Asli Perak | Geng samun warga asing tumpas
![[INFOGRAFIK] 10 pemimpin dunia | Ketepikan politik, fokus COVID-19 [INFOGRAFIK] 10 pemimpin dunia | Ketepikan politik, fokus COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/8314689791611189816411/1886516_8967789641611189833391_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] 10 pemimpin dunia | Ketepikan politik, fokus COVID-19
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [21 Januari 2021] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [21 Januari 2021]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/42725667021611189002896/1886529_26098766711611189124910_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [21 Januari 2021]
AWANI Pagi membawakan kemaskini terkini mengenai berita dalam dan luar negara yang dilaporkan di www.astroawani.com bersama Hafizi Rosli dan Afiezy Azaman.

'Passion' tidak dimiliki si penghina waktu! Mahalnya disiplin kerja Tan Sri Razali Ismail
"Passion" secara tafsiran umum lebih relatif sebagai kata positif mempromosi diri bagi orang yang mahu dilihat "hebat" terhadap minat atau kerjayanya.

AWANI Ringkas: COVID-19: Kes positif kini lebih 96 juta | New York kehabisan bekalan vaksin

Jenayah | Datuk, rakan serang pelanggan didakwa hari ini
Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk dan rakannya yang dilaporkan menyerang pelanggan sebuah restoran di Tropicana Avenue, Damansara pada 12 Januari lalu, akan didakwa di mahkamah, hari ini. Kedua-dua suspek akan dituduh di Mahkamah Petaling Jaya pada jam 9 pagi atas dakwaan sengaja menyebabkan kecederaan dan perbuatan khianat.

Pembelian vaksin COVID-19 turut ambil kira keperluan pekerja asing - MB Selangor
Pembelian vaksin COVID-19 oleh kerajaan negeri Selangor untuk penduduk negeri itu akan turut mengambil kira keperluan pekerja asing, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.

Kluster COVID-19 libatkan majlis pengebumian dan tahlil, 35 yang disaring sah positif
Kluster yang diberi nama sebagai Kluster Kampung Balibata itu melibatkan daerah Beaufort dan Sandakan di Sabah.

COVID-19: 16 kluster baharu di 9 negeri, majoriti babit tempat kerja
Terdapat 16 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada Rabu, menjadikan jumlah kluster dalam negara bertambah kepada 685 kluster.

COVID-19: Selangor rekod kes tertinggi, ini tumpuan kenyataan media KKM
Ia diikuti dengan Kuala Lumpur (513 kes), Johor (470 kes), Sabah (406 kes) dan Sarawak (203 kes).

PKPD di kampung Orang Asli di Batang Padang, Perak esok - Ismail Sabri
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia akan bermula esok (21 Disember) hingga 3 Februari 2021.

Usah bimbang keselamatan dan keberkesanan vaksin Pfizer - Pakar
Rakyat Malaysia tidak harus bimbang dengan keberkesanan dan keselamatan vaksin dihasilkan syarikat farmaseutikal, Pfizer.

Cuepacs cadang wujud pasukan pemantau bebas KKM kaji masalah kemudahan kesihatan
Cuepacs mencadangkan KKM menubuhkan pasukan pemantau bebas di setiap negeri bagi menilai dan mengkaji setiap permasalahan yang berlaku di fasiliti atau kemudahan kesihatan dengan segera.

32,386 calon SPM, STPM, STAM di Kedah mulakan sesi persekolahan
JPN Kedah beri jaminan setiap arahan kerajaan terutama dalam sesi persekolahan norma baharu dapat dipatuhi kumpulan yang terlibat.

Gugurnya wira negara, doktor rawat pesakit COVID-19 meninggal dunia akibat kepenatan
Seorang doktor yang merupakan salah seorang petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meninggal dunia pada Isnin.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.