KUALA TERENGGANU: Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengkaji keperluan pemberian vaksin influenza kepada rakyat terutama golongan berisiko sekiranya diperlukan.
Menterinya, Dr Zaliha Mustafa berkata bagaimanapun setakat ini kes jangkitan influenza dalam negara adalah terkawal dan pemberian vaksin di peringkat awal hanya akan melibatkan petugas KKM yang bekerja di barisan hadapan.
Beliau berkata selain itu fasiliti kesihatan awam yang ada di seluruh negara juga cukup untuk menampung jumlah pesakit jika terdapat peningkatan kes influenza dalam masa terdekat.
"Berdasarkan data KKM untuk minggu epidemiologi ke-30 pada tahun ini, kadar konsultasi kes penyakit seperti influenza (ILI) di Klinik Kesihatan adalah 6.3 peratus, menurun berbanding minggu sebelum itu iaitu 6.4 peratus.
"Kadar kemasukan ke hospital pula adalah 7.1 peratus, juga sedikit menurun. Kes ada tapi setakat minggu akhir ini menurun...keadaan terkawal," katanya selepas merasmikan Klinik Kesihatan Manir yang mula beroperasi Januari 2020 di sini, hari ini.
Klinik Kesihatan Manir yang dibina dengan kos RM19.7 juta, mula dibangunkan pada Disember 2016 dan siap pada September 2019, bagi menggantikan klinik lama berusia 54 tahun dan dilengkapi peralatan berteknologi moden yang mampu menerima 600 pesakit pada satu masa.
Dalam perkembangan lain, Dr Zaliha berkata Hospital Dungun yang diklasifikasi sebagai projek sakit sudah 99 peratus siap dan dijangka dapat beroperasi tahun hadapan dan bakal memberi manfaat besar kepada penduduk setempat yang sudah menanti sekian lama.
Katanya projek pembinaan Hospital Dungun yang dimulakan Februari 2016, diluluskan di bawah Rolling Plan Keempat (RP4), Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) dengan kos RM125 juta itu sepatutnya siap pada Mac 2022.
Bagaimanapun faktor kegagalan kontraktor dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan projek tersebut terbengkalai dan mengambil masa untuk disambung semula.
Difahamkan apabila siap, Hospital Dungun bakal menjadi hospital pakar ketiga di Terengganu selepas Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan Hospital Kemaman.
Bangunan tersebut mampu mencapai kapasiti 110 katil dengan 10 kepakaran disediakan antaranya kecemasan, perubatan, pediatrik, obstetrik dan ginekologi, anestesiologi, ortopedik, psikiatri, pergigian dan patologi.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 06 2023

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa (dua, kanan) beramah mesra dengan orang ramai pada Majlis Perasmian Klinik Kesihatan Manir Kuala Terengganu hari ini. - Foto BERNAMA
13 maut dalam kebakaran asrama di Almaty
Sekurang-kurangnya 13 maut akibat kejadian kebakaran asrama yang berlaku Almaty, Kazakhstan, awal pagi Khamis.
Penternak anjing protes berhampiran pejabat Presiden Korea Selatan
Kira-kira 200 penternak anjing di Korea Selatan menganjurkan protes berhampiran pejabat Presiden di Seoul, mendesak kerajaan membatalkan rancangan mengharamkan amalan kontroversi memakan haiwan itu sejak beberapa abad lalu.
Pemberhentian perang Israel-Palestin dilanjutkan sehari
Israel dan Hamas hari ini bersetuju melanjutkan pemberhentian perang selama sehari lagi, enam minit sebelum perjanjian pemberhentian perang selama enam hari sebelum ini tamat.
Tebusan warga Thailand tiba di Bangkok
Ketibaan 17 tebusan warga Thailand yang ditahan di Semenanjung Gaza tiba di Bangkok pada petang Khamis, disambut ahli keluarga yang menunggu kepulangan mereka.
Persidangan bermula, bincang pembiayaan projek iklim, nilai kemajuan
Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP28) bermula di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi membincangkan isu mendesak berkaitan pemanasan global serta menilai kemajuan interim yang dicapai oleh masyarakat antarabangsa sejak Perjanjian Paris ditandatangani.
Delegasi, syarikat minyak perlu bekerjasama tangani perubahan iklim
Presiden COP28, Sultan Al Jaber menggesa pada delegasi untuk mencari titik persamaan dalam dasar bagi memenuhi matlamat iklim global.
Malaysia-India komited teroka bidang kerjasama baharu
Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya, Menteri Hal Ehwal Luar dan Pendidikan India, Dr Rajkumar Ranjan Singh di Kuala Lumpur pada Khamis
Perdana Menteri terima kunjungan hormat Prabowo
Menganggap Prabowo sebagai sahabat lama, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pertemuan itu membincangkan pelbagai isu terkait kepentingan bersama Malaysia dan Indonesia.
Malaysia pertama di Asia Tenggara guna rangkaian komunikasi 4G
Malaysia bakal melakar sejarah sebagai negara pertama di Asia Tenggara yang melaksanakan rangkaian komunikasi LTE-Railway (LTE-R) menggunakan 4G pada kereta api penumpang di Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sepanjang 665km.
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara 6 bulan, denda RM500
Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan didenda RM500 oleh Mahkamah Majistret Marang atas kesalahan menggantung dan mengibar bendera Israel.

Sembilan kes jangkitan cacar monyet dilaporkan di Malaysia
Sembilan kes jangkitan cacar monyet (mpox) dilaporkan berlaku di dalam negara bagi tempoh Julai hingga November tahun ini melibatkan seorang warga asing dan lapan warga tempatan.

Keputusan pinda terma GEG, selepas dengar cadangan Peguam Negara - Dr Zaliha
KKM meminda terma GEG kepada OBD dalam Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 merupakan nasihat daripada Peguam Negara Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh.

Hidang 'Kopi Joss' satu kesalahan, boleh didenda RM10,000, penjara dua tahun - KKM
Penambahan bara arang dalam minuman kopi yang semakin menjadi trend kini merupakan satu kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dan boleh didakwa.

Kes denggi turun 2.6 peratus, tiada kematian pada ME46
Jumlah kes demam denggi menurun 2.6 peratus kepada 2,372 kes pada Minggu Epidemiologi ke-46 (ME46) iaitu bagi tempoh 12 hingga 18 Nov lepas berbanding 2,435 kes dilaporkan pada minggu sebelumnya.

Usaha proaktif, holistik perlu untuk hentikan stigma berkait kesihatan mental
Stigma kesihatan mental mencerminkan sikap negatif, stereotaip dan prasangka yang sering dikaitkan oleh masyarakat terhadap individu yang mengalami masalah kesihatan mental.

Kes tuberkulosis dalam negara terkawal - Dr Zaliha
Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan berlaku beberapa kes tuberkulosis atau tibi di Cheras, Kuala Lumpur, namun secara keseluruhan kes jangkitannya dalam negara adalah terkawal.

Maklum balas laporan pengurusan wabak COVID-19 sedang disiapkan - Dr Zaliha
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang menyiapkan maklum balas terhadap syor laporan Pengurusan Wabak COVID-19 termasuk berkaitan isu ventilator untuk diserahkan kepada PAC.

KKM buka permohonan untuk petugas perubatan ke Gaza
KKM telah membuka permohonan secara dalam talian untuk pegawai berminat menyertai pasukan perubatan Malaysia ke Gaza.

Kes denggi menurun 2.2 peratus, lima kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi menurun 2.2 peratus kepada 2,221 kes pada Minggu Epidemiologi ke-44 (ME44), iaitu bagi tempoh 29 Okt hingga 4 Nov berbanding 2,272 kes dilaporkan pada minggu sebelumnya.

KKM atur pelbagai program jayakan kempen 'Hentikan Stigma Kesihatan Mental'
KKM juga mengaktifkan peranan MPPKM bagi perluasan kempen kerana ia diwakili pelbagai kementerian, pihak swasta dan badan bukan kerajaan.