KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengemukakan senarai klinik daif kepada Kementerian Kewangan dalam masa terdekat bagi mendapatkan peruntukan membaik pulih fasiliti kesihatan terbabit dengan segera.
Menteri berkenaan Dr Zaliha Mustafa berkata beliau menyedari keperluan menaik taraf 400 fasiliti kesihatan sedia ada yang nazak di seluruh negara.
"Justeru, kita tak memilih kawasan Ahli Yang Berhormat kerajaan atau kawasan pembangkang... yang sebenarnya kita kena ingat perkhidmatan kesihatan tidak mempunyai kaitan dengan politik, jadi kita akan beri juga di (mana-mana) kawasan (yang mempunyai fasiliti) daif ini tanpa mengira politik atau kawasan mana," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menggulung Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 di peringkat jawatankuasa bagi kementerian itu di Dewan Rakyat hari ini.
Menjawab celahan Azli Yusof (PH-Shah Alam) mengenai keperluan tempat letak kereta di fasiliti kesihatan awam, Dr Zaliha berkata perkara itu sememangnya antara yang menjadi perhatian di KKM dan pihaknya sedang mencari beberapa pendekatan bagi menyelesaikan masalah itu.
Beliau berkata terdapat beberapa kaedah yang boleh dilaksanakan dalam memperbaiki sistem tempat letak kereta di hospital dan klinik kesihatan termasuk meminta pengarah hospital serta negeri mengenal pasti kawasan yang boleh dibina kemudahan itu.
"Ada juga hospital yang boleh buat parkir di kawasan yang agak jauh sikit, sekiranya dah dikenal pasti kita akan sediakan bas ulang-alik untuk bawa pesakit dari kawasan sedia ada.
"Sebagai contoh, saya berbincang dengan Ahli Parlimen Selayang (William Leong) untuk menyediakan parkir stadium yang ada di kawasan itu dan guna bas ulang-alik untuk bawa pesakit ke hospital. Ada juga kita kenal pasti parkir bertingkat untuk fasiliti kesihatan dan itu kita kena lihat bajet," katanya.
Dewan Rakyat kemudian meluluskan peruntukan berjumlah RM31.5 bilion bagi kementerian itu dalam Belanjawan 2023 di peringkat jawatankuasa melalui suara majoriti.
Persidangan dewan bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 21 2023

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa ketika perbahasan sesi Jawatankuasa Belanjawan pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA

Boeing kesan kecacatan baharu pesawat 787 Dreamliner
Pembuat pesawat Amerika Syarikat (AS) Boeing pada Rabu mengenal pasti kecacatan baharu pada jet 787 Dreamliner keluarannya.

Lawak melampau: Singapura mohon maaf, Jocelyn Chia bukan lagi warganegara
Kerajaan Singapura tidak boleh menerima kata-kata atau tindakan yang boleh mencetus kemudaratan atau menyinggung perasaan orang lain.

KPDN sedia pertimbang tambah bekalan gula di negeri tertentu semasa musim perayaan
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub sedia mempertimbangkan cadangan untuk menambah bekalan gula di negeri tertentu pada musim perayaan.

KKD gesa Telegram jumpa MCMC untuk elak tindakan
KKD menggesa pihak Telegram mengadakan pertemuan dengan MCMC dalam masa terdekat bagi mengelakkan tindakan berhubung beberapa isu keselamatan siber.

Presiden Xi mahu China tumpu kepada menghijaukan kawasan gurun, cipta keajaiban baharu
Presiden Xi Jinping mahu China terus meningkatkan usaha untuk mencegah hakisan tanah dan memastikan penghijauan kawasan gurun sehingga keajaiban baharu dapat diwujudkan.

Mohamad Hasan bimbang trend ahli politik tabur retorik ancam perpaduan
Mohamad berkata, golongan ini sanggup memperlekeh jaminan hak asasi, kebebasan dan keutuhan institusi awam.

Kenya minat pelajari kepakaran Malaysia dalam penyediaan rumah mampu milik
Kenya berminat mendapatkan khidmat kepakaran Malaysia dalam aspek penyediaan perumahan mampu milik negara.

Kejayaan Malaysia dalam kes tuntutan Sulu tamatkan usaha rampas aset negara - Fahmi Fadzil
Kejayaan Malaysia dalam pertikaian undang-undang di Perancis berkaitan tuntutan kumpulan yang mendakwa waris Kesultanan Sulu, mematikan segala usaha mereka untuk cuba merampas aset negara.

Calling centre judi: 20 individu ditahan - Polis
Polis menahan 20 individu kerana disyaki terlibat dalam kegiatan calling centre perjudian dalam talian di sebuah premis sekitar Lembah Klang, semalam.

Jaga adab, akhlak ketika di jalan raya - Mohd Na'im
Pengguna jalan raya harus sentiasa mengamalkan adab yang baik dan jangan sesekali terlibat dalam pergaduhan.

Perlu ada perjanjian khusus bagi perolehan darurat KKM - Lukanisman
Ia bagi memastikan mereka tidak mengambil kesempatan dan menyediakan peralatan yang mengikut piawaian.

KKM perkukuh usaha standard keselamatan makanan
KKM menitikberatkan usaha memperkukuh keselamatan makanan negara termasuk memastikan makanan yang dihasilkan selamat.

Hari Keselamatan Makanan Sedunia: Standard ditetapkan untuk mudahkan pengusaha makanan
Standard yang ditetapkan dalam industri makanan juga adalah untuk memudahkan pengusaha makanan mengimport dan mengeksport produk mereka.

RM9.6 juta untuk baik pulih 39 klinik daif di Kelantan - Dr Zaliha
Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengenal pasti 39 klinik di seluruh Kelantan dikategorikan sebagai klinik daif untuk kerja baik pulilh tahun ini melibatkan peruntukan bernilai RM9.6 juta.

Henti suntikan payudara doktor tidak bertauliah
Lumrah bagi seorang wanita untuk kelihatan menawan dari hujung rambut hingga ke kaki. Malah ada yang sanggup memperjudikan nyawa dengan mendapatkan rawatan tanpa memikirkan kesan sampingan.

Kes denggi meningkat 7.9 peratus, tiga kematian dilaporkan
Jumlah kes deman denggi meningkat 7.9 peratus kepada 2,638 kes pada Minggu Epidemiologi ke-21 (ME21) iaitu bagi tempoh 21 Mei hingga 27 Mei, berbanding 2,444 kes dilaporkan pada minggu sebelumnya.

KKM nafi edar notis periksa alat kelamin pelajar
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan ada menjalankan pemeriksaan alat kelamin pelajar lelaki di institusi pengajian tinggi (IPT) di Perak sepertimana tular di media sosial.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 31 Mei 2023.

Vaksin pneumokokal percuma diperluas kepada kanak-kanak 4, 5 tahun
Bermula esok hingga 31 Mei tahun depan, kanak-kanak berusia empat dan lima tahun boleh mendapatkan imunisasi pneumokokal secara percuma di semua fasiliti kesihatan primer Kementerian Kesihatan (KKM).

KKM harap RUU kawalan produk merokok dibentang awal Jun ini
Ia merangkumi dua perkara utama iaitu kawalan terhadap produk merokok termasuk rokok elektronik atau vape serta pelaksanaan peruntukan Generasi Penamat Rokok.