KKM kesan 24 kluster dengan kadar positiviti lebih 80 peratus - Dr Adham

Astro Awani
Jun 21, 2021 08:04 MYT
Dr Adham memberi contoh Kluster Alam Jaya Dua yang dikesan di Selangor menunjukkan sejumlah 119 individu daripada 141 individu yang disaring, didapati positif COVID-19. - Gambar fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Sebanyak 24 kluster jangkitan COVID-19 dikesan di negara ini yang menunjukkan kadar positiviti melebihi 80 peratus.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, sebagai contoh Kluster Alam Jaya Dua yang dikesan di Selangor yang menunjukkan sejumlah 119 individu daripada 141 individu yang disaring, didapati positif COVID-19.
"Ia menunjukkan apabila kita melaksanakan ujian, terdapat kes dengan kadar positiviti tinggi di kawasan tertentu. Kita juga mendaftarkan kes daripada lokasi kluster yang mempunyai kadar positiviti tinggi.
"Ini yang kita gunakan untuk survelan genom dan mengesan varian baharu," katanya pada sidang media mingguan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF), pada Isnin.
Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin turut hadir pada sidang media bersama tersebut.
#Dr Adham Baba #Menteri Kesihatan #kluster jangkitan #kadar positiviti #Khairy Jamaluddin #KKM #COVID-19 #varian baharu #Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan #jangkitan #PICK #vaksin