awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keganasan tercetus dalam protes anti-ICE berhampiran Perkampungan Olimpik di Milan
Hasutan di media sosial: Tiga lelaki India ditahan - Polis KL
Malaysia-India kukuhkan hubungan dua hala dengan pemeteraian 11 dokumen kerjasama utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKM kongsi lebih banyak data usaha perangi COVID-19 secara sumber terbuka - Khairy

Fareez Azman
Fareez Azman
01/09/2021
11:11 MYT
KKM kongsi lebih banyak data usaha perangi COVID-19 secara sumber terbuka - Khairy
Khairy berkata, KKM akan mengamalkan perkongsian data secara sumber terbuka bagi meningkatkan kepercayaan rakyat kepada kementerian dan kerajaan. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengeluarkan data dan maklumat tambahan mengenai vaksinasi dan usaha dijalankan kementerian itu dengan menerapkan perkongsian secara sumber terbuka, mulai minggu depan.
Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, ia bagi memastikan rakyat mendapat akses kepada data dengan mudah dan terperinci sepanjang peperangan menentang COVID-19.
"Saya telah buat ketetapan meningkatkan lagi ketelusan KKM dengan pemberian dan data maklumat tambahan kepada orang ramai.
"Kita akan mula keluarkan pelbagai data secara terperinci bermula minggu hadapan... ini secara kerap... data kita sediakan secara terbuka untuk (rakyat) melihat lebih daripada data yang kita bekalkan selama ini," katanya pada Sidang Media Khas KKM di Putrajaya pada Rabu.
[TERKINI] Sidang Media Menteri Kesihatan | 1 Sept 2021
Kata Khairy, KKM akan mengamalkan perkongsian data secara sumber terbuka bagi meningkatkan kepercayaan rakyat kepada kementerian dan kerajaan.
"Tahniah kepada pentadbiran KKM sebelum ini dan Tan Sri Ketua Pengarah Kesihatan sebab banyak data telah mula disenaraikan secara 'open source'.
"Tapi saya buat ketetapan budaya kerja KKM lebih kepada ketelusan supaya soal kepercayaan kepada kerajaan dan respons KKM tidak lagi ada kerahsiaan, dan tidak ada tuduhan maklumat tidak dapat diperolehi daripada kerajaan," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#KKM
#Khairy Jamaluddin
#vaksinasi
#sumber terbuka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan