awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKM, KPM bekerjasama lakukan kaji selidik tahap kesihatan mental pelajar

Bernama
Bernama
26/07/2020
11:36 MYT
KKM, KPM bekerjasama lakukan kaji selidik tahap kesihatan mental pelajar
Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2017 menunjukkan satu daripada lima remaja berumur 13 hingga 17 tahun mengalami kemurungan. -Gambar hiasan
Kementerian Kesihatan (KKM) akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan (KPM) bagi menjalankan satu kaji selidik berhubung kesihatan mental dalam kalangan pelajar sekolah di negara ini.
Menterinya Datuk Seri Dr Adham Baba berkata kaji selidik itu termasuk data pelajar yang mengalami masalah seperti kemurungan, tekanan dan lain-lain yang boleh menjurus kepada hasrat membunuh diri.
"Semua sekolah akan jalankan kaji selidik bagi melihat peratusan sebenar (pelajar yang mengalami masalah ini), " katanya pada sidang media selepas melawat Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pinang di sini hari ini.
Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2017 menunjukkan satu daripada lima remaja berumur 13 hingga 17 tahun mengalami kemurungan, dua daripada lima pula mengalami keresahan dan satu daripada 10 berdepan dengan stres.
Dr Adham berkata kajian sama juga mendapati trend peningkatan dalam tingkah laku bunuh diri dalam kalangan remaja iaitu peningkatan idea bunuh diri kepada 10 peratus berbanding 7.9 peratus pada 2012.
Pada masa sama, beliau berkata KKM dan KPM menjalankan usaha berterusan bagi menangani masalah kesihatan mental pelajar menerusi Program Minda Sihat yang dilaksanakan sejak 2011 dan sehingga kini melibatkan 2,440 daripada kira-kira 10,000 buah sekolah di seluruh negara.
Mengulas lanjut, beliau berkata KKM dan KPM juga sedang meneliti cara membantu guru kaunselor mengendalikan kaunseling dalam kebiasaan baharu.
KKM katanya turut menyediakan perkhidmatan kesihatan mental melalui klinik kesihatan dan hospital kerajaan, manakala bantuan talian sokongan psikososial boleh didapati melalui Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat (CPRC) di talian 03-29359935 atau 011-63996482.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Adham Baba
#Kementerian Kesihatan
#Kementerian Pendidikan
#kerajaan
#kesihatan mental
#KKM
#pelajar
#remaja
#sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan