SEGAMAT: Kementerian Kesihatan (KKM) akan melihat keperluan terlebih dahulu sebelum membekukan cuti kakitangannya di seluruh negara sebagai persediaan dalam menghadapi banjir susulan Monsun Timur Laut ketika ini.
Menterinya Dr Zaliha Mustafa berkata buat masa ini, ia belum dilaksanakan lagi kerana masih tiada keperluan, selain kejadian banjir di negara ini agak terkawal.
Bagaimanapun, beliau berkata kementerian telah melakukan persediaan menghadapi bencana berkenaan daripada pelbagai sudut termasuklah menyediakan fasiliti dan ubat-ubatan.
"Setakat ini kita memantau, tetapi memang kita beritahu (perkara ini) kepada petugas. Saya rasa kebiasaannya ada (beku cuti) kita tengok daripada meteorologi dan sebagainya.
"Jika ada risiko banjir itu tinggi, akan berlaku banjir (dan ada) keperluan, kita biasanya akan bekukan tapi buat setakat ini, masih belum lagi," katanya kepada pemberita semasa menghadiri Mini Karnival Madani Afiat Zon Bukit Siput Segamat di Dewan Taman Fajar, Bukit Siput dekat sini hari ini.
Dr Zaliha berkata KKM juga sentiasa berwaspada dengan penyediaan makanan semasa banjir kerana sumber air, misalnya mudah tercemar dengan bawaan penyakit.
Berhubung penyakit tidak berjangkit (NCD), pihaknya agak bimbang kerana trend penyakit berkenaan seperti kencing manis dan darah tinggi semakin meningkat terutamanya dalam kalangan belia.
Justeru, katanya kementerian kini mengambil inisiatif dengan merendahkan umur saringan kesihatan daripada 40 tahun kepada 18 tahun.
"Hasil pemeriksaan itu, KKM dapat melakukan langkah intervensi awal bagi mengurangkan risiko penyakit berkaitan," katanya.
Mengenai program Mini Karnival Madani Afiat yang diadakan hari ini, beliau berkata ia bertujuan memberi kesedaran tentang penjagaan kesihatan dalam mencegah peningkatan NCD melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan, selain program Jualan Rahmah bagi penduduk di sekitar daerah itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 05 2023
Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa (tengah) pada perasmian Mini Karnival Madani Afiat Zon Bukit Siput di Dewan Taman Fajar, Bukit Siput, hari ini. - Foto Bernama
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
MIC cadang mekanisme khusus kawal kos rawatan hospital swasta
MIC mencadangkan supaya kerajaan dapat mewujudkan mekanisme khusus yang dapat mengawal kos rawatan di hospital swasta.
Kenaikan premium insurans perubatan harus munasabah, tidak membebankan - PM
Bank Negara Malaysia dan Kementerian Kesihatan akan menentukan kawalan supaya kenaikan premium insurans perubatan tidak terlalu tinggi, kata PM.
Nahas lima kenderaan di Kajang: Van langgar ambulans berhenti rawat mangsa kemalangan
Naazron berkata sebelum itu, terdapat kemalangan lain berlaku di lokasi berkenaan yang membabitkan sebuah kereta dan sebuah motosikal.
Menelusuri landskap penyakit jarang jumpa di Asia
Malaysia, berpotensi mendukung pemajuan penjagaan dan rawatan bagi rantau ASEAN dengan membangunkan ekosistem yang menggalakkan kesedaran, kesediaan, mempercepat peraturan dan kepimpinan dasar.
Kempen Komuniti Penyayang 2024 Ayam Brand tumpu pemakanan sihat, kecergasan fizikal
Tumpuan kepada membentuk tabiat pengambilan makanan berkhasiat yang mengandungi Omega-3, selain mempromosi gaya hidup aktif.
Penyasaran subsidi kesihatan awam mampu dilaksana - Dr Dzulkefly
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata penyasaran subsidi kesihatan awam sedang diteliti dan dilihat mampu dilaksanakan dengan algoritma dan sifir khusus.
Parlimen laksana tiga program promosi gaya hidup sihat untuk wakil rakyat
Parlimen hari ini melaksanakan Program Kesejahteraan Kesihatan Bersama Ahli Parlimen untuk mempromosi gaya hidup sihat.
Akta 852: JKN Perlis pergiat gerak kerja beri penerangan, pemahaman masyarakat belum mantap
JKN Perlis mempergiat gerak kerja memberikan penerangan mengenai Akta 852 yang berkuat kuasa 1 Okt lepas bagi meningkatkan kefahaman masyarakat.
KKM nafi kecam lagu APT nyanyian Rose Blackpink, Bruno Mars
KKM menjelaskan, sebarang kenyataan berhubung artikel yang dikaitkan dengan KKM itu tidak dikeluarkan atau dibenarkan oleh Kerajaan Malaysia.