awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan pengasuh taska berkaitan dakwaan dera bayi
Penunggang motosikal maut terjatuh ke dalam sungai
Yayasan Sultan Ibrahim Johor terima sumbangan RM1 juta daripada Kumpulan Malik Streams
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKM lulus peruntukan RM1.6 juta bina klinik sementara di Parit Baru, Sabak Bernam

Astro Awani
Astro Awani
26/09/2022
10:03 MYT
KKM lulus peruntukan RM1.6 juta bina klinik sementara di Parit Baru, Sabak Bernam
Khairy turut mengumumkan peruntukan RM481,000 juga telah diluluskan bagi pembinaan semula Klinik Desa Sepintas di Batu 4, Sabak Bernam yang turut musnah akibat kebakaran, pada 21 September lepas. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Peruntukan berjumlah RM1.6 juta diluluskan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) untuk pembinaan klinik sementara di Parit Baru, Sabak Bernam, Selangor.
Pengumuman itu dibuat susulan klinik kesihatan di kawasan tersebut musnah akibat kebakaran pada 13 September lalu.
KKM menerusi ciapan di Twitter hari ini memaklumkan, pembinaan klinik sementara itu dijangka siap dalam tempoh 10 minggu.
Kementerian itu turut berkata, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin juga telah melawat klinik berkenaan.
"Antara bahagian yang teruk terjejas adalah bilik MO (medical officer), Jabatan Pesakit Luar, farmasi, makmal, ruang menunggu farmasi serta klinik ibu dan anak," menurut ciapan itu.
Sementara itu Khairy menerusi akaun Twitternya mengumumkan, peruntukan RM481,000 juga telah diluluskan bagi pembinaan semula Klinik Desa Sepintas di Batu 4, Sabak Bernam yang turut musnah akibat kebakaran, pada 21 September lepas.
"Di bawah peruntukan dan perolehan darurat, saya meluluskan RM481,000 untuk pembinaan semula Klinik Desa ini dengan serta-merta demi keselesaan penduduk," kata Khairy.
Di Sabak Bernam: YB @Khairykj melawat KK Parit Baru susulan kebakaran yang merosakkan 70% daripada keseluruhan KK tersebut. Peruntukan kecemasan berjumlah RM1.6 juta diluluskan utk pembinaan bangunan klinik sementara yang dijangka mengambil masa 10 minggu untuk siap. pic.twitter.com/qMoAZ3MURc
— Ismail Amsyar (@IsmailAmsyar) September 26, 2022
Satu lagu insiden kebakaran telah mengakibatkan Klinik Desa Sepintas di Batu 4, Sabak Bernam musnah pada 21 September lalu. Di bawah peruntukan dan perolehan darurat, saya meluluskan RM481,000 untuk pembinaan semula KD ini dengan serta-merta demi keselesaan penduduk. pic.twitter.com/mPEaIgIngx
— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) September 26, 2022
Topic Berkaitan
#Kementerian Kesihatan
#KKM
#Khairy Jamaluddin
#Klinik kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan