PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) akan memulakan dos penggalak vaksin COVID-19 bagi warga emas dan anggota barisan hadapan yang telah menerima dos lengkap sekurang-kurangnya enam bulan lepas, kata Menterinya Khairy Jamaluddin.
"Individu yang layak akan dimaklumkan melalui aplikasi MySejahtera. Bagi individu yang tidak mempunyai aplikasi MySejahtera, pemakluman akan dibuat melalui pesanan ringkas atau panggilan telefon oleh pusat pemberian vaksin (PPV)," katanya.
Dos penggalak merupakan dos tambahan yang perlu diberikan kepada seseorang yang belum mendapat perlindungan mencukupi selepas vaksinasi lengkap namun perlindungan tersebut menurun dari semasa ke semasa.
Khairy dalam satu kenyataan hari ini berkata pemberian dos penggalak dilakukan secara sukarela dan percuma di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).
"Objektif pemberian dos penggalak vaksin COVID-19 adalah untuk memastikan tempoh perlindungan yang optimum diperoleh oleh penerima vaksin COVID-19 di Malaysia," katanya.
Mengenai pelaksanaan pemberian dos penggalak vaksin itu, Khairy berkata klinik swasta akan memberikan vaksin kepada anggota barisan hadapan serta warga emas berumur 60 tahun dan ke atas.
Fasiliti kesihatan kerajaan pula akan memberikan vaksin kepada anggota kesihatan masing-masing manakala fasiliti kesihatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi anggota barisan hadapan ATM, katanya.
Beliau berkata anggota kesihatan swasta boleh mendapatkan dos penggalak daripada fasiliti masing-masing bergantung kepada persetujuan Jabatan Kesihatan Negeri.
Khairy berkata pemberian dos penggalak akan melibatkan penerima dos lengkap vaksin Comirnaty keluaran syarikat Pfizer-BioNTech dahulu dan individu terbabit akan menerima vaksin yang sama (Comirnaty).
Ini kerana hanya vaksin Comirnaty yang telah mendapat kelulusan bersyarat oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) pada 8 Okt lepas, katanya.
Khairy berkata pemberian dos tambahan pula akan diberikan kepada individu yang mempunyai imuniti rendah seperti pesakit kanser, penerima organ dan pesakit buah pinggang yang menjalani rawatan dialisis memandangkan pemberian dos lengkap tidak cukup untuk memberikan perlindungan optimum kepada mereka.
"Dos tambahan ini diberikan sekurang-kurangnya 28 hari selepas penerimaan dos lengkap vaksin COVID-19," katanya.
Pemilihan vaksin bergantung kepada kelulusan indikasi penggunaan oleh pakar perubatan merawat serta bekalan vaksin yang tersedia sama ada daripada jenis yang sama (homologous) atau berlainan (heterologous) dengan dos terakhir, katanya.
"Pemberian dos tambahan ini akan diberikan di fasiliti kesihatan terpilih di bawah pemantauan pakar perubatan," katanya.
Khairy berkata KKM juga merancang untuk memulakan kajian pemberian dos penggalak bagi jenis vaksin yang berlainan.
Kajian itu akan dilaksanakan di Sarawak bulan depan yang juga akan diperluaskan ke negeri lain selepas mendapat kelulusan oleh Jawatankuasa Etika Penyelidikan Perubatan (MREC), katanya.
"KKM memberi jaminan sekali lagi bahawa bekalan vaksin di Malaysia mencukupi bagi perlaksanaan pemberian dos tambahan dan dos penggalak vaksin COVID-19," katanya yang menggalakkan individu yang layak supaya mengambilnya bagi perlindungan optimum daripada jangkitan COVID-19.
PICK bermula 24 Feb lepas sebagai antara langkah mengawal pandemik COVID-19 dan sehingga 12 Okt, sebanyak 94.9 peratus populasi dewasa telah menerima satu dos vaksin COVID-19 manakala 90.6 peratus populasi dewasa telah menerima dos lengkap.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 13 2021
Pemberian dos penggalak dilakukan secara sukarela dan percuma di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). - Gambar hiasan
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 24 April 2024.
Universiti Malaya dikecam kerana jemput pensyarah pro-Israel
Universiti Malaya mendapat kecaman kerana membenarkan seorang ahli akademik Amerika Syarikat menyebarkan propaganda Zionis.
Tumpuan Khamis - 25 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jenazah dua mangsa tragedi helikopter selamat dikebumikan di Kedah
Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan sepanjang proses pengebumian berlangsung.
Malaysia alu-alukan laporan akhir kumpulan penilai bebas berkenaan UNRWA
Menurut kenyataan itu, laporan tersebut menolak dengan tegasnya tuduhan Israel yang mengaitkan penglibatan kakitangan PBB dengan organisasi pengganas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pang Sock Tao diumum calon Kerajaan Perpaduan
Pang Sock Tao diumumkan sebagai calon yang akan mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
Permohonan pekebun Musang King cabar notis kosongkan tanah ditolak
Hakim Datuk Mohd Radzi Harun memutuskan bahawa pekebun terbabit tidak mempunyai hak dari segi undang-undang untuk berada di tanah berkenaan.
Lebih 400 kes difailkan di mahkamah terhadap kerajaan Sabah
Sebanyak 110 kes dimenangi oleh kerajaan negeri termasuk kes yang telah dibuang dan diketepi oleh mahkamah, manakala tiga kes lagi berkeputusan kalah.
Mendiang Sivasutan anak yang sangat baik, tidak tolak permintaan orang tua - Bapa
"Bukan sahaja jasad pergi... tetapi segala keseronokan, kebaikan dan kegembiraan dia bawa bersama."
KJ puas hati Lokman Adam minta maaf, setuju bayar pampasan
Dakwa plaintif, kenyataan fitnah dalam saman itu membawa maksud antaranya beliau menipu orang ramai dengan mendakwa telah diberi vaksin COVID-19.
Keluar Sekejap ambil alih podsiar Jugador TV, rancang terus perluas empayar
Keluar Sekejap mengumumkan pengambilalihan podsiar luar pertama, iaitu Jugador TV.
KJ akhirnya dapat isi PADU selepas identiti dicuri
Khairy Jamaluddin akhirnya berjaya mendaftar dalam sistem PADU selepas mendakwa akaunnya telah didaftarkan oleh individu yang tidak dikenali.
Kes saman KJ terhadap Jamal Yunos diteruskan
Kes saman fitnah bekas Khairy Jamaluddin terhadap Datuk Seri Jamal Md Yunos, berhubung satu kenyataan media ketika PAU 2022 akan diteruskan di Mahkamah Tinggi pada Selasa.
Selepas DJ, Khairy jadi model pula
KJ kini menjadi model untuk sebuah produk minuman tempatan dan baju Melayu untuk sebuah syarikat pengeluar pakaian raya terkemuka.
Pempengaruh diingatkan hati-hati kendali podcast - Fahmi
Kerajaan akan melakukan pemantauan dari semasa ke semasa serta meneliti sebarang tindakan sekiranya perlu terhadap mereka yang membuat kandungan kurang membina.
‘On a serious note? Habis tadi tu tak serius?’... Rafidah minta KJ, Shahril 'tebalkan telinga'
KJ, Shahril sampai terkedu dengan jawapan 'savage' Tan Sri Rafidah. Ikuti kompilasi menarik dari podcast #KeluarSekejap episod ke-79 ini...
Akta Parlimen Berpenggal tidak demokratik - Khairy
Khairy berkata, cadangan Ahmad Zahid tidak demokratik tetapi jika ia usul seperti yang berlaku di UK, perkara itu boleh diperbincangkan.
Ganja dalam perubatan: Khairy serah kepada Menteri Kesihatan baharu
Keputusan sama ada penggunaan ganja dalam perubatan diteruskan atau tidak, diserahkan kepada Menteri Kesihatan yang baharu dilantik Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
COVID-19: Kes baharu cecah paras tertinggi tahunan, KJ dan Kian Ming saran lima langkah
Kes baharu cecah paras tertinggi tahunan iaitu 29,129 kes pada 11 Disember 2023, satu trend yang turut disaksikan di peringkat serantau dan global.