awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKM nafi keluarkan infografik berkenaan pengambilan dos ke-4 vaksin COVID-19

Bernama
Bernama
11/03/2022
15:34 MYT
KKM nafi keluarkan infografik berkenaan pengambilan dos ke-4 vaksin COVID-19
Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan pihaknya pernah menerbitkan infografik berkaitan pengambilan dos vaksin COVID-19 keempat seperti yang ditularkan. - Foto Facebook/KKM
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan pihaknya pernah menerbitkan infografik berkaitan pengambilan dos vaksin COVID-19 keempat seperti yang ditularkan.
KKM menerusi hantaran di Facebook malam ini memaklumkan bahawa infografik yang tular itu adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan pihaknya.
"Bagi memastikan fasa Peralihan ke Endemik yang akan bermula pada 1 April ini dilaksanakan dengan selamat, fokus paling utama adalah memupuk kesedaran komuniti ataupun solidariti komuniti serta tanggungjawab individu terhadap pematuhan SOP (prosedur operasi standard) dan meluaskan capaian program vaksinasi sedia ada," menurut hantaran itu.
Hantaran itu turut menjelaskan, penerima vaksin lengkap jenis Sinovac berumur 18 tahun ke atas dan warga emas berumur 60 tahun ke atas yang telah menerima vaksin lengkap semua jenis perlu mendapatkan dos penggalak bagi mengekalkan status vaksinasi lengkap mereka seperti yang diumumkan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin pada 24 Feb lepas.
Tempoh masa yang ditetapkan telah dilanjutkan sehingga 31 Mac ini dan status vaksinasi lengkap akan ditukar kepada tidak lengkap sekiranya masih belum mendapat dos penggalak, bermula 1 April ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KKM
#nafi
#dos keempat
#vaksin COVID-19
#Kementerian Kesihatan
#infografik
#palsu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan