KKM pandang serius isu selebriti tonjol, promosi budaya merokok

Madiha Abdullah
Ogos 23, 2022 09:55 MYT
Kementerian Kesihatan (KKM) memandang serius isu golongan selebriti yang menonjolkan tingkah laku seperti merokok dan menghisap vape dalam khalayak ramai, kata Dr Noor Hisham Abdullah. - Gambar fail BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) memandang serius isu golongan selebriti yang menonjolkan tingkah laku seperti merokok dan menghisap vape dalam khalayak ramai.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tingkah laku sedemikian menunjukkan contoh yang tidak baik kepada masyarakat terutama kepada kanak-kanak dan remaja.
"KKM menyeru setiap lapisan masyarakat termasuk artis dan selebriti untuk membantu usaha KKM bagi memastikan perbuatan merokok dapat dijadikan sebagai satu budaya yang tidak diterima lagi dalam kalangan masyarakat," katanya menerusi satu ciapan di Twitter, pada Selasa.

KKM memandang serius terhadap isu berkaitan artis yang menonjolkan tingkah laku seperti merokok dan menghisap vape di khalayak ramai. Perbuatan ini menunjukkan contoh yang tidak baik kepada masyarakat sekeliling terutama kepada kanak2 & remaja. pic.twitter.com/xczzeOxaYI

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) August 23, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Terdahulu, vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh, menjadi bualan apabila dia muncul memperaga pakaian Kuala Lumpur Fashion Week 2022 (KLFW22) sambil memegang rokok.
Biarpun rokok itu tidak dinyalakan dan hanya menjadi ‘props’ tambahan, gaya peragaan Noh itu mencetuskan rasa kurang senang netizen dan menyifatkan ia tidak wajar.
#Noor Hisham Abdullah #Kementerian Kesihatan #Noh Salleh #merokok