awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKM perhalusi penjualan produk merokok termasuk menerusi mesin layan diri

Bernama
Bernama
12/07/2024
14:30 MYT
KKM perhalusi penjualan produk merokok termasuk menerusi mesin layan diri
KKM memaklumkan peraturan berkaitan larangan penjualan produk merokok itu akan dikuatkuasakan bersama Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852), setelah diluluskan kelak. - Gambar hiasan/Reuters
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memperhalusi peraturan larangan berkaitan penjualan semua produk merokok termasuk menerusi kaedah mesin layan diri (vending machine).
KKM dalam kenyataan hari ini memaklumkan peraturan berkaitan larangan penjualan produk merokok itu akan dikuatkuasakan bersama Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852), setelah diluluskan kelak.
"KKM turut memandang serius isu berkaitan aduan penjualan rokok elektronik atau vape menerusi mesin layan diri sebagaimana tular di Aplikasi X pada Rabu lepas.
"Larangan penjualan rokok elektronik melalui mesin layan diri ini juga kesinambungan daripada larangan penjualan hasil tembakau seperti rokok, cerut dan tembakau lerai melalui mesin layan diri di bawah peraturan sedia ada iaitu Peraturan 10, Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 di bawah Akta Makanan 1983 (Akta 281)," katanya.
Menurut kenyataan itu, susulan penularan isu penjualan vape menerusi mesin layan diri pihak KKM telah turun dan bertemu dengan pihak pengurusan pusat beli-belah terlibat bagi menerangkan tentang larangan penjualan menerusi mesin layan diri tersebut.
"Pihak KKM turut menyarankan agar pihak pengurusan menutup operasi mesin layan diri tersebut serta merta sebagai tanggungjawab sosial dan mereka bersetuju serta akur dengan saranan tersebut," katanya.
Menurut kenyataan itu, sebagai persediaan ke arah penguatkuasaan Akta 852 bersama peraturan dan perintah di bawahnya KKM telah mengadakan Siri Taklimat Penguatkuasaan Akta 852 kepada semua pegawai penguat kuasa KKM dan pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara bermula 9 Jun lepas.
"Ini bagi memaklumkan tentang larangan yang terdapat dalam akta berkenaan dan peraturan di bawahnya termasuk larangan penjualan produk merokok melalui mesin layan diri," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KKM
#mesin layan diri
#rokok elektronik
#aplikasi X
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan