awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Petronas memohon penjelasan mengenai kerangka kawal selia Petroleum di Sarawak
[TERKINI] Isu tular 'Yeye': Siasatan terhadap 21 pegawai ATM akan dibawa ke peringkat perundangan - Khaled
Pegawai tertinggi ATM sambung beri keterangan hari ini - SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKM perkenal dasar, program pencegahan kesihatan paru-paru

Bernama
Bernama
17/01/2025
20:00 MYT
KKM perkenal dasar, program pencegahan kesihatan paru-paru
Dzulkefly berkata, inisiatif itu merupakan langkah penting dalam menangani risiko penyakit berkaitan paru-paru yang berkait rapat dengan tempat kerja. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) dengan kerjasama Persatuan Kesihatan dan Keselamatan Industri Malaysia (MiSHA) akan memulakan agenda kesihatan khusus bagi sektor pekerjaan melalui Inisiatif Kesihatan Paru-Paru Kebangsaan pada tahun ini.
Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, inisiatif itu merupakan langkah penting dalam menangani risiko penyakit berkaitan paru-paru yang berkait rapat dengan tempat kerja.
"Melalui kerjasama ini, KKM dan MiSHA akan menggembleng tenaga untuk memperkenalkan dasar dan program pencegahan lebih menyeluruh termasuk penyediaan garis panduan kesihatan paru-paru, kempen kesedaran dan pemeriksaan kesihatan berkala untuk pekerja yang terdedah bahan berbahaya," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Majlis Anugerah Kecemerlangan Nasional bagi Prinsip Pencegahan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHPoP) MiSHA 2024, di sini, pada Jumaat malam.
Dzulkefly berkata, pekerja dalam sektor pembuatan, pembinaan dan industri berat antara yang sering terdedah kepada bahan berbahaya seperti habuk, bahan kimia, dan pencemaran udara.
"Risiko ini boleh mengakibatkan penyakit seperti paru-paru kronik, asma pekerjaan atau silikosis sekiranya tidak diuruskan dengan baik," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, sebagai badan yang mewakili suara industri, MiSHA memainkan peranan penting dalam menyampaikan keperluan dan cabaran sektor pekerjaan kepada pihak kementerian.
Beliau berkata, kerjasama itu diharap dapat menjadi platform untuk menyelaraskan usaha dalam memperbaiki kesejahteraan pekerja dan mencegah risiko kesihatan di tempat kerja. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#KKM
#program pencegahan kesihatan paru-paru
#Dzulkefly Ahmad
#Inisiatif Kesihatan Paru-Paru Kebangsaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan