awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKM perluas aktiviti pemantauan jualan makanan di hotel sepanjang Ramadan

Bernama
Bernama
01/03/2025
11:30 MYT
KKM perluas aktiviti pemantauan jualan makanan di hotel sepanjang Ramadan
Kementerian Kesihatan (KKM) akan memperluaskan aktiviti pemantauan makanan di hotel yang menyediakan bufet Ramadan. - Foto hiasan
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) akan memperluaskan aktiviti pemantauan makanan di hotel yang menyediakan bufet Ramadan, premis pembekal bahan mentah serta premis penyediaan ais bagi memastikan semua pihak terlibat mematuhi piawaian kebersihan dan keselamatan ditetapkan sepanjang bulan Ramadan ini.
KKM dalam kenyataan hari ini memaklumkan aktiviti itu tidak hanya pada bulan Ramadan, sebaliknya telah dijalankan sebelum ini yang meliputi pemeriksaan ke atas sumber bahan mentah, tempat penyediaan makanan dan peniaga yang dilesenkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).
"Langkah ini diambil bagi memastikan kepatuhan terhadap standard keselamatan makanan yang ditetapkan termasuk di semua bazar Ramadan.
"Kementerian sentiasa komited dalam memastikan keselamatan makanan sepanjang Ramadan melalui pemantauan dan penguatkuasaan berterusan," menurut kenyataan itu.
KKM turut mengingatkan peniaga tentang larangan penggunaan peralatan yang bukan bertujuan untuk penyimpanan atau penyediaan makanan.
Menurut kementerian itu, tindakan seperti menggunakan akuarium sebagai pengganti bekas air balang, tong sampah hitam untuk menyimpan bahan mentah atau peralatan lain yang tidak sesuai boleh menyebabkan pencemaran makanan serta meningkatkan risiko kesihatan kepada pengguna.
Sebagai langkah proaktif, KKM akan memperhebatkan kempen kesedaran melalui pendidikan kesihatan yang meluas menggunakan pelbagai platform komunikasi termasuk media sosial, televisyen dan radio.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KKM
#aktiviti pemantauan jualan makanan
#hotel
#Ramadan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan