KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) telah merampas produk farmaseutikal tidak berdaftar dianggarkan berjumlah RM2,652,500 serta mengesan 2,438 pautan di laman sesawang menjual produk farmaseutikal tidak berdaftar di seluruh negara, dalam operasi Pangea XV yang dijalankan dari 23 Jun hingga 1 Julai lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata operasi yang diselaraskan Bahagian Penguatkuasaan Farmasi, KKM dan melibatkan beberapa agensi lain seperti National Central Bureau/Interpol Malaysia, CyberSecurity Malaysia dan Pos Malaysia telah memeriksa sebanyak 1,059 bungkusan pos.
"Daripada jumlah itu, 73 bungkusan pos didapati mengandungi 315,916 unit produk farmaseutikal yang tidak berdaftar dan telah dirampas yang dianggarkan bernilai sebanyak RM887,024," katanya dalam kenyataan hari ini.
Dr Noor Hisham berkata kira-kira 70 peratus produk farmaseutikal yang dirampas adalah terdiri daripada ubat-ubatan terkawal di bawah Akta Racun 1952, dan 90 peratus ubat-ubatan yang dirampas di kategori bahan psikotropik manakala selebihnya adalah antibiotik, ubat tahan sakit, ubat selesema dan batuk serta lain-lain yang tidak berdaftar dengan KKM.
"Kebanyakan ubat-ubatan terkawal ini diseludup masuk dari negara Bangladesh, India dan beberapa negara lain. Pemeriksaan dijalankan di semua pintu masuk utama di seluruh negara melibatkan kargo udara, lapangan terbang, pos sempadan dan terminal feri," katanya.
KKM-RAMPAS (FARMASEUTIKAL) 2 KUALA LUMPUR
Dr Noor Hisham berkata sebanyak 75 premis yang menjual produk farmaseutikal tidak berdaftar termasuk rumah kediaman, salon kecantikan, gimnasium dan kedai menjual barangan haiwan, telah diserbu dalam operasi tersebut.
Katanya, sebanyak 244,299 unit produk farmaseutikal yang menyalahi peruntukan undang-undang telah dirampas untuk tindakan lanjut, dengan nilai rampasan dianggarkan RM1,707,040.
"Dalam beberapa siri serbuan yang lain, KKM turut merampas ubat terkawal seperti analgesik dan antibiotik. Turut dijumpai suplemen kesihatan, vitamin dan produk tradisional yang tidak berdaftar dengan KKM.
"Dalam serbuan berasingan, Pihak Berkuasa Peranti Perubatan telah berjaya merampas sebanyak 26,400 unit sarung tangan getah dan 94 unit ujian RTK COVID-19 yang tidak berdaftar," katanya.
Sementara itu, berhubung laman sesawang menjual produk farmaseutikal tidak berdaftar terbabit, Dr Noor Hisham berkata pihaknya telah memohon pautan itu untuk disekat akses oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan penyedia platform.
KKM-RAMPAS (FARMASEUTIKAL) 3 (AKHIR) KUALA LUMPUR
"Bagi 'Dark web' pula, senarai pautan telah diserahkan kepada pihak Interpol untuk tindakan selanjutnya. Di samping itu, sebanyak 686 peranti perubatan seperti pelitup muka, termometer, oximeter dan monitor tekanan darah, dikesan dijual tanpa kelulusan daripada Pihak Berkuasa Peranti Perubatan di laman sesawang," katanya.
Di peringkat global, Dr Noor Hisham memaklumkan pihak penguatkuasa membuat lebih daripada 7,800 rampasan ubat-ubatan dan produk penjagaan kesihatan yang menyalahi undang-undang, dengan jumlah rampasan melebihi daripada tiga juta unit.
"Pihak penguatkuasa juga telah menyiasat lebih daripada 4,000 pautan laman sesawang, terutamanya daripada platform media sosial dan aplikasi pesanan ringkas. Kesemua pautan tersebut telah disekat akses atau diturunkan kandungan.
"Selain itu, pihak penguatkuasa juga telah memeriksa hampir 3,000 bungkusan pos di 280 hab pos di lapangan terbang, sempadan dan pengedaran mel atau pusat mel kargo di negara-negara terlibat dalam Operasi Pangea, dengan lebih 600 siasatan baharu telah dibuka termasuk 200 waran geledah telah dikeluarkan," tambahnya.
Operasi Pangea merupakan satu tindakan kolektif di peringkat antarabangsa bagi memerangi penjualan ubat-ubatan dan produk perubatan yang dijual secara haram, di mana hampir separuh daripada keseluruhan bungkusan yang diperiksa oleh penguatkuasaan undang-undang di 94 negara di seluruh dunia, didapati mengandungi ubat-ubatan yang menyalahi peruntukan undang-undang.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 28 2022
KKM telah merampas produk farmaseutikal tidak berdaftar dianggarkan berjumlah RM2,652,500 serta mengesan 2,438 pautan di laman sesawang menjual produk farmaseutikal tidak berdaftar di seluruh negara. - Gambar hiasan
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Ruhainies mohon maaf kepada Bella Astillah, luah hasrat untuk bertemu
"Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku."
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
Tentera AS mula pembinaan jeti sementara di Gaza
Tentera Amerika Syarikat memulakan pembinaan jeti sementara bagi penghantaran bantuan ke Gaza, diumumkan oleh Setiausaha Akhbar Jabatan Pertahanan, Patrick Ryder.
Kekejaman zionis: Penemuan kubur besar di Hospital Gaza perlu disiasat
Pasukan pertahanan awam Palestin gesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat penemuan hampir 400 mayat dari kubur besar di hospital di Gaza selepas tentera Israel meninggalkan fasiliti kesihatan itu.
Israel perlu dikenakan sekatan senjata dan minyak tanpa syarat
Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Francesca Albanese, menyeru sekatan senjata dan minyak tanpa syarat dikenakan ke atas Israel, susulan tindakan rejim itu melanggar undang-undang antarabangsa.
KKM batal notifikasi produk ZMY Magnetic Aura Night Cream mengandungi merkuri
Penjual dan pengedar produk kosmetik ini perlu menghentikan penjualan dan pengedaran produk kosmetik terbabit dengan serta-merta.
KKM kenal pasti modus operandi penjaja makanan warga asing, perketat pemantauan
Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengenal pasti modus operandi penjaja makanan warga asing di negara ini dan akan memperketat pemantauan bagi menangani aktiviti itu.
KKM tubuh jawatankuasa rangka mekanisme bangun semula klinik kesihatan di Sarawak
Kementerian Kesihatan (KKM) telah menubuhkan satu jawatankuasa bagi merangka mekanisme bagi pembangunan semula klinik-klinik kesihatan di Sarawak, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
KKM arah hentikan jualan 'Kingu Ginseng Candy'
KKM meminta mana-mana peniaga termasuk peniaga dalam talian yang mempunyai stok produk gula-gula 'Kingu Ginseng Candy' untuk menghentikan serta-merta penjualannya.
Pindaan Akta 50, rapatkan jurang Program Parallel Pathway dan Sarjana Tempatan
Cadangan pindaan Akta Perubatan 1971 (Akta 50) bertujuan menangani jurang antara Program Parallel Pathway (PPP) dan Program Sarjana Perubatan tempatan.
KKM keluar 1,639 notis dalam Ops Kebersihan dan Keselamatan Makanan bazar Ramadan 2024
1,639 notis dengan nilai kompaun berjumlah RM163,900 telah dikeluarkan dalam Operasi Kebersihan dan Keselamatan Makanan di bazar Ramadan.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
Pendaftaran produk semula jadi dengan tuntutan moden berkuat kuasa 4 April
Pelaksanaan pendaftaran produk semula jadi berdasarkan Guideline on Natural Products with Modern Claim telah diluluskan bagi memantapkan sistem kawal selia bagi produk semula jadi di Malaysia.
KKM cadang pindaan Akta 50 berkenaan program Parallel Pathway disegerakan
Langkah itu adalah bagi menyelesaikan masalah kekurangan pakar perubatan yang berkhidmat di fasiliti kesihatan kerajaan di negara ini.
KKM sahkan suplemen kesihatan 'Beni Koji Choleste Help' tidak berdaftar
RYR adalah bahan yang diekstrak atau dihasilkan melalui proses penapaian beras dengan menggunakan sejenis yis dikenali sebagai 'Monascus purpureus'.